August 16, 2010

THE 48 Hour Film Project KL





The 48 Hour Film Project will come to Kuala Lumpur for the first time in 2010, probably around October. Filmmakers from all over the country of Malaysia will compete to see who can make the best short film in only 48 hours. The winning film will go up against films from around the world for the title "Best 48 Hour Film of 2010". Read MORE.

August 9, 2010

PASCA MASKARA SHORTIES III


Video oleh Syed Syahrul Zarizi

BLOG ENTRIES (Click the link to read more)
"Maskara Shorties gua tak pergi pon. gua kodi. "- Nazri Hashim


"Yang ini biarpun 5 jam tayangan, masih kekal steady, dah siap makan malam bawa bekal semua."- Bin Filem

"Dengan berlatarbelakang majlis rasmi, sang director dapat mencari akal membuat shorts." - Rizal Gunx

"Tendency aku untuk mengamalkan Snark-ism probably takfair untuk penganjur Maskara - Sindiket Sol-Jah yang baik-baik orangnya." - Anwari Ashraf

"The set of Singapore films truly won the hearts of our Film Selection Committee and we were delighted to present the filmmakers work to our huge audience and supporters"- Sinema Singapura

"Berpuluh-puluh wayang pendek ditayangkan secara marathon menggunakan projektor di kawasan terbuka di halaman rumah tersebut." -Dugong Senyum

"sound effect dia yang jelas dan tiada halangan untuk nengok..aku rasa puas tngok...cuma bontot aku yang basah sbb duduk kat jalan..hahaha"-Sazali

"Tahun ni GuaLayanJe tunggu sampai 1 pagi untuk melihat semua filem pendek yang ada, tapi lepas habis je terus cabut je minta maaf la krew Soljah tak sempat nak tolong kemas akibat kekangan masa."-Gua Layan Je

"yang ni tak tau kenapa,gua tak dapat nak ingat.maybe sibuk dok cari tempat duduk.."- Saudafar Garam

"sebagai peminat tegar blogger si PIPIYAPONG eh maksud aku, aku suka minat blog hilang punca dia,, (oh, malu ai mengaku kat sini), aku memang terasa kot tengok sepi seorang abdillah."-Misya Idris

"Ini sedikit review filem pendek yang aku sempat tonton dan ada yang tidak(mungkin terlelap atau membeli maggi)" - M Yusof

"Lepas tu orang jahat cuba untuk menurunkan disibel suaranya."- Sinaganaga

"Semua point lawak orang gelak, puas hati aku." - Azizul Hakim

"Tidak tahulah, adakah pihak penganjur, iaitu Sindiket Sol-Jah sudah cantas filem-filem lain. "- Alif Firdaus

"Agak menarik drama2 nya... paling aku suka the colours of ideas (unik), lawan.. (lucu).. bila menengok short movie di open space nih.. teringat zaman kanak2 dulu.. macam wayang pacak aje gayanya. "-Norae

"Entah kenapa aku begitu semangat luar biasa sekali untuk menghadiri event ini. Berbagpacking dari JB berbekalkan semangat kental sebab masih tiada idea untuk mencari tempat tidur malam itu." Fikri Kacak

"the event was cool... it's like watching movies outdoors... duduk atas tikar... tengok filem sambil hirup udara malam...." - Kaydee

"Tapi sayang, aku cuma dapat tonton separuh sebab Apam Kacang tak mahu tidur *sobs*."- Ay Yusof

"Hanyut merupakan sesuatu yang membuat mulut aku ternganga." - Fadz Tonton Filem

"senang cerita, semua superb." - Nisha

"oi jekbe,bawak camera,kot kot la dapat amek gambar dengan pipi pun sedap jugak"- Halim Bedalzled

"tiba-tiba maskara kali ini jadi satu even menyeramkan." - Amir Nazrin

"Sekarang ni dia dah ada bini, dia punya bini mengandung anak sulong.  Pergh... cepatnya masa berlalu."- Zulfikar

MASKARA SHORTIES PHOTOS
Rizal Gunx
Muhammad Firdaus
Anip Si Putih
Para Jamaludin
Haan Yusoff 
Spyz Pyzul 
Ismail Othman


BONUS: SHORT FILM ABOUT MASKARA SHORTIES


Setakat ini, review yang jumpa banyak ni sahaja. Blogging dah tak "in" lagi. Orang lebih suka tweet dan status facebook. Apa pun, saya akan update dari masa ke semasa.
Bersambung

August 7, 2010

August 6, 2010

MASKARA SHORTIES DALAM SINAR HARIAN DAN BERITA HARIAN

6 Ogos 2010. Jumaat.

PETRA BOND- Chin Yew (Coming Soon to Maskara Shorties 7 Aug)



SYNOPSIS
Petra Bond is one of the short-films Chin Yew was paid to do for an oil and gas company, as an opening video for their James Bond themed annual dinner. By studying the building and the staffs of the company, Chin Yew had specially wrote and crafted this video for them.



DIRECTOR
Famously known as the boy who quit his mundane job and locked himself in a room to paint 40 canvases while posting the progress daily via in a blog he co-created; 30dayartist.com. Trained as a production assistant from commercial production when he was 25, he climbed the ladder easily when he switched to the local television production, and became a director at the age of 27. He has directed various episodes of the popular children series Geng Bas Sekolah and was the CG director for the superhero series Kapten Boleh. Animation graduated from Lim Kok Wing, he is also an artist who paints for exhibition, published and illustrated a picture book ‘The Boy Who Loved Clouds’ and a graphic novel ‘I See So Many Butterflies’. He is currently working on his first telemovie about a boy who tries to make Kuala Lumpur snow. When not working on any story-form projects, he still sells his soul by line producing commercials and directs boring government corporate videos. Visit his BLOG.

August 5, 2010

LOW BUDGET LOVE - Bainun Waheeda



The Story

About how a budget couples having a very economical dating. They don’t care about people around them because what they know is the love deep inside each other’s heart and soul.

The Director
Holds a diploma in (Digital Media (Video and film studies), She started to write a script and make her own shorts film in 19 years old. Currently working as a Junior Editor in a small Post-production company in Kuala Lumpur.

August 4, 2010

LAWAN- Azizul Hakim Mohd Salleh (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


SINOPSIS
Mengisahkan tentang BOY dan MAT yang tak sehaluan, tak sebulu. Permusuhan mereka diselitkan lagi dengan kewujudan pelbagai jenis manusia dengan pelbagai ragam, yang akan menguatkan lagi permusuhan mereka.

Trailer


PENGARAH


BLOG
Di sebalik tabir pembikinan Lawan. Klik SINI.

August 3, 2010

APA KATA ORANG

"Kalau boleh saya nak cuba attend setiap tahun Maskara Shorties selagi event itu ada di muka bumi. Satu-satunya event yang tulus, takde konsep pilih-pilih (film rare-rare atau best-besat sahaja), menghimpunkan semua indie2 filmmaker dan menggalakkan ramai lagi buat filem yang baik-baik." -Fazleena

KIAMU!!! - Anwari Ashraf


SYNOPSIS
'Kiamu!!!' is actually part of a much more elaborate idea that Anwari has been keeping close to his heart. But when the opportunity came, he had to make do with what's provided and make it into a short film.



Among many of his influences on writing 'Kiamu!!!' is German writer Frank Wedekind's original 1891 play Frühlings Erwachen, a text in which Anwari exemplifies the inner-rebellious tone in it's writing style and dialogue. As a self-acclaimed port-modernist filmmaker, he references Quentin Tarantino's wit and Shane Black's "Kiss Kiss Bang Bang"


THE DIRECTOR
Anwari's first attempt on film directing was at the age of 14. His debut short film; 'Humpty Dumty's Scientific Escape' (2003) brought him to Hong Kong for the 2004 APICTA awards. " It was the days where video editing softwares were being introduced to home computers, and I was just another kid who found it to be a lot of fun!”

He was a pure-science stream student and was aiming to further his tertiary education in Medical Science with a government scholarship. Getting a 'B' for Bahasa Melayu in SPM marks the end of his MD dreams. Ask him today and he’ll refers it as "the best thing that ever happened" to him. He just completed his BA in Film Video; Interactive Arts at Middlesex University, London under the sponsorship of Malaysian broadcasting giant; Astro.

NASI LEMAK RM1.20 YANG MARVELLOUS dan FRINGETOWN- Rozinor Razali (Coming Soob to Maskara Shorties Aug 7)


Sinopsis Nasi Lemak RM1.20 yang Marvellous:
Berlatar belakang cinta Masdo terhadap Siti penjual nasi lemak.

Sinopsis Fringetown:
3 pencegah jenayah yang dikehendaki tiba di Fringtown dan perlu memutuskan siapa yang akan pulang dengan wang ganjaran.

PENGARAH
Rozinor adalah seorang pembikin filem bebas yang suka bikin filem tidak kira apa medium yang digunakan dan bagaimana penceritaan visual diceritakan. Seorang pensyarah penyiaran & filem di sebuah IPTS dan sedang merangka pembinaan sebuah webTV bikin filem dalam bahasa melayu.

August 2, 2010

SEBALIK TABIR KARIPAP-KARIPAP CINTA - Othman Hafsham (Coming soon to Maskara Shorties Aug 7)


Pengarah terkenal, Othman Hafsham, menyumbangkan tayangan di sebalik tabir pembikinan filem Karipap-Karipap Cinta yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Nazri M. Annuar (Anggota Sindiket Sol-jah).

SINOPSIS
Filem Karipap-Karipap Cinta merupakan kisah cinta Ali kepada Sarah. Kisahnya bukanlah cinta luar biasa tetapi kisah hidup mencari cinta yang membawa peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali menawan hati Sarah.

PENGARAH
Tuan Othman Hafsham, pengarah yang dikenali ramai ini pernah mencapai anugerah Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia kali ke-4, 1983 dan kali ke-7, 1987. Selain itu, beliau juga pernah mencapai anugerah penulis Skrip Terbaik pada Festival Filem Malaysia Pertama, 1980.
Antara filem arahan beliau ialah Adik Manja (1979), Mekanik (1983), Rahsia (1987), Ujang (1989), Driving School (1990), Soal Hati (2000) dan Soalnya Siapa? (2002)

July 31, 2010

WANT MALAYSIA dan SEDUTAN HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH

Pengarah filem Mamat Khalid telah menyokong Maskara Shorties 1 dan 2. Seterusnya, dalam Maskara Shorties 3, beliau bakal menyumbangkan dua entri iaitu sebuah filem pendek WANT MALAYSIA dan sedutan filem HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH. Sedikit nota tentang Hantu Mak Limah dari tuan pengarah.

PENGARAH
Mamat Khalid adalah Pengarah filem, penulis lakon layar, penyunting filem dan pelakon.


FILMOGRAFI
2010 Estet: Pengarah, penerbit, lakon layar, pengarah seni
2009 My Spy: Pelakon pembantu
2008 Kala Malam Bulan Mengambang: Pengarah, cerita asal, lakon layar
2008 Dunia Baru The Movie: Artis jemputan
2007 Zombi Kampung Pisang: Pengarah, cerita asal, lakon layar
2006 Tipah Tertipu The Movie: Cerita asal, lakon layar
2006 Man Laksa: Pengarah, cerita asal, lakon layar
2005 Rock: Pengarah, cerita asal, lakon layar, muzik
2004 Puteri Gunung Ledang: Lakon layar
2003 Lang Buana: Pengarah, lakon layar, muzik

ANUGERAH
2008: Festival Filem Malaysia ke-21- Pengarah Filem Terbaik – Kala Malam Bulan Mengambang
2005: Festival Filem Malaysia ke-18- Lakon Layar Terbaik – Rock
2001: Anugerah Skrin -Pengarah Terbaik – Pinang Durian

BLOG MAMAT KHALID
Tempurung Pecah

MAMAT - Ajami

Sebuah mini dokumentari bertajuk Mamat oleh Ajami juga akan ditayangkan.


SINOPSIS
Mamat - Sebuah 'midotematur' (mini dokumentasi temuramah amatur) di antara seorang protege kepada mentornya! Ia pendek tapi panjang!

PENGARAH
Ajami Hashim - Seorang lelaki tempatan berbangsa banjar yang mula berjinak-jinak dengan teknologi Blackberry, blog, facebook dan twitter..serta tv katanya?

July 30, 2010

PEMANDU PELENCONG - Tok Rimau dan Jimbo Tiram (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


SINOPSIS
Pemandu Pelencong adalah sebuah kisah penipuan peringkat antarabangsa yang dilakukan oleh seorang kutu yang lemah dalam sejarah, ilmu alam dan pengetahuan am.

Filem ini dibuat dalam masa 24 jam. Ikuti cerita di belakang tabir pembikinan filem Pemandu Pelencong di SINI.

Trailer Penipu


PENGARAH
Tok Rimau adalah seorang penulis buku cerita di bawah label penerbitan indie Sindiket Sol-Jah. Manakala, Jimbo Tiram pula adalah front man kumpulan punk metal tepu Hellexist.

Bikin filem bukan periuk nasi mereka. Bikin filem adalah mangkuk mi segera mereka. Tok Rimau, Jimbo. Bergabung. Meletup! Jahanam! Ha! Ha! Ha!

July 29, 2010

LIMITED EDITION MASKARA SHORTIES TEE Teaser

We only sell 40 pieces on this tee. Price to be decided later. Only available at Rumah PENA on Aug 7.

MASKARA SHORTIES
7.30 pm. 7 Ogos 2010
Rumah Pena
Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur
(sila klik PETA PLANET PENA! Atau search sahaja di maps.google.com)


Panduan Untuk Pengarah dan Media
1. Daftar nama anda dengan urusetia agar kami dapat mengenal anda. (supaya tak timbul lagi cakap-cakap bahawa kami tak layan anda macam tahun lepas, ha ha).

2. Kami telah mengambil segala langkah pencegahan dan pengujian untuk memastikan tiada masalah teknikal berkenaan keserasian alatan kami dan DVD yang kami terima. Jika masih juga berlaku masalah, kami mohon maaf terlebih awal.

Panduan Untuk Penonton
1. Jika ada orang cuba menjual tiket Maskara Shorties - sila jangan ambil peduli. Maskara Shorties adalah PERCUMA.

2. Kami mula marathon filem pendek 7.30 malam! Datang awal kerana ramai orang sesat jalan mencari Rumah PENA. Yang pernah pergi pun tersesat juga. Rujuk peta di blog kami agar anda tahu arah tujuan ke Rumah PENA/Maskara Shorties. Rujuk peta: http://bit.ly/baScKD

3. Parking kereta mengikut arahan penjaga parking bertauliah kami. Parking Utama: Laman Rumah Pena, Sepanjang Jalan Susur ke Rumah Pena, dan laman Gapena. Jika ruang penuh, anda terpaksa parking di tapak letak kereta kubur Cina di sebelah bangunan MAA. Hati-hati melintas lebuhraya tu.

4. Rumah Pena akan dibuka seawal jam 4 petang. Kalau datang awal, boleh bantu kami buat persiapan. Ruang solat disediakan di tingkat atas Rumah PENA. Tandas disediakan di tingkat atas rumah PENA dan di belakang rumah PENA.

5. Bawa duit kerana anda mungkin berminat untuk beli t-shirt terhad dan buku-buku Sol-jah yang terbaru, CERKAS dan SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH. (Sesuai untuk cenderahati keapada orang tersayang). Jajan juga ada dijual. Jika tiada duit, sila pinjam dengan jiran. Tiada paksaan.

6. Siapa datang awal boleh cop tempat duduk strategik di ruang Outdoor Cinema kami. Penonton digalakkan membawa alas tempat duduk seperti tikar memandangkan bilangan kerusi kami terhad.

7. Doa-doa la hari itu tidak hujan. Pun begitu baik sedia payung sebelum hujan. Kami sedang berusaha untuk kawtim dengan bomoh tahan hujan, serius.

8. Baca, sinopsis filem dan latar belakang pengarah di blog kami agar anda ada kelebihan pengetahuan berbanding orang di sebelah anda.

9. Tiada pemenang untuk filem-filem di Maskara Shorties kerana ia bukan satu pertandingan. Namun begitu, penonton digalakkan membuat senarai 10 filem terbaik di Maskara Shorties [tahun ke-3] di blog atau facebook masing-masing.

10. Jika anda membuat ulasan tentang Masakara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan entri anda. #Tag entri dan tweet anda sebagai #maskara. Labelkan sebagai Maskara atau Maskara Shorties.

11. Jika anda mengambil gambar di Maskara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan foto-foto anda.

12. Tong sampah disediakan. Jaga kebersihan Rumah Pena. Jika kita tidak jaga kebersihan, kami juga yang terpaksa menyapunya kelak.

13. Tiada larangan membawa makanan luar. Sila bawa bekalan makanan. Jika dikongsi bersama Sol-jah lagi la afdal.

14. Bantu kami timbulkan kesedaran, post poster Maskara Shorties (Ambil di blog kami) di blog, facebook, twitter dan lain-lain media.

BLOG KAMI
http://maskara-shorties.blogspot.com/
http://sol-jah.blogspot.com/

Kami juga akan melancarkan Buku C3RK45 pada malam itu.

July 28, 2010

FIGHTING FIT - Sulaiman Salamon


SINOPSIS
“Fighting Fit” adalah sebuah kisah tentang seorang pemuda yang ingin mencederakan
dirinya untuk mengelakkan dari dihantar ke unit infantri semasa menjalani perkhidmatan negara. Dia mendapatkan kawan baiknya untuk menolongnya melakukan tindakan yang drastik tetapi mereka akhirnya bertekak sesama sendiri. “Fighting Fit” menyentuh aspek psikologi tentang sejauh mana seseorang itu sanggup mencederakan dirinya sendiri untuk mencapai apa yang mereka mahukan.

“Fighting Fit” telah mendapat dicalonkan untuk kategori “Best Fiction” di Singapore Short Film Awards 2010.


PENGARAH
Sulaiman Salamon adalah seorang pemegang diploma didalam jurusan Film, Sound and Video dari Ngee Ann Politeknik, Singapura. Setelah menjalani perkhidmatan negara selama dua setengah tahun, beliau mula berkerja sebagai seorang penyunting video di berberapa syarikat pos produksi. Beliau sekarang sedang menlanjutkan pelajarannya di Chapman University Singapura, didalam jurusan Bachelor of Fine Arts in Creative Producing.

July 27, 2010

HENNIE - Ethan Page (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


HENNIE (SINGAPORE)
Ethan Page | Dialogue-less | 4 mins | PG



The Story
‘Hennie’ is the story of Ben, an American Naval Commander and his waitress girlfriend Samantha who plays a game of cat and mouse on him - all with the intention of teaching him a lesson about ‘treating a lady right’.

Trailer
http://vimeo.com/13074266

Film Festivals 
Official Selection - Singapore Panorama Shorts, Singapore International Film Festival 2010
Official Selection, Maskara Shorties 2010, Kuala Lumpur

The Director
Ethan Page worked as a Production Manager & writer in New York for eight (8) years. He holds a Bachelor in Arts (Philosophy) from Oberlin College, USA & a Masters in Arts from London Film School. Originally from the USA, Ethan is currently working towards completing his Masters in Film Directing at NYU Tisch School of the Arts Asia, Singapore.

July 26, 2010

3 HANTU SILAP MATA - Alif Firdaus Azis (Coming Soon To Maskara Shorties Aug 7)


Sinopsis
3 ahli silap mata yang hebat berebut seorang perempuan dengan menggunakan teknik silap mata. Malangnya, semua silap mata mereka tidak cukup 'umph!' dan tidak boleh pakai.

Teaser



Maklumat pengarah:
Alif Firdaus Azis, pelukis komik dan penulis novel yang mempunyai hobi membuat video pendek. Pernah menang banyak pertandingan video di serata dunia, tetapi masih belum pernah dapat nombor satu. Boleh tonton video-video beliau yang lain di http://www.youtube.com/alifstyle dan baca komik beliau di http://cartoonrama.blogspot.com/

July 25, 2010

BADUT- Rizal Gunx (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


Sinopsis
Badut mengisahkan bagaimana sebenarnya Israel, sebuah negara haram sedang mentertawakan kita umat dunia. Kendatipun kita diterajang, disepak dan diketawakan, namun kita seumpama tuli untuk mempedulikan nasib rakyat Palestin yang berabad menderita.

Pengarah

Rizal Gunx merupakan seorang pemakan gaji dan juga moderator bagi laman sesawang sifar untung Palestinkini.info. Laman berbahasa Melayu yang memuatkan berita terkini dan sensasi dari Palestin ini beroperasi sejak 2004 hingga sekarang. Bagi mevariasikan lagi sebaran isu Palestin ini, beliau dengan kerjasama rakan rakan memulakan inisiatif membuat filem pendek.

July 24, 2010

ENAM LORONG - Syed Syahrul Zarizi (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


Sinopsis
Filem enam Lorong berkisar tentang seorang pemuda yang tinggal di sebuah bandar yang kian membangun tetapi masih dihantui masalah lama yang sejak dahulu menghantui para penduduk - lebuhraya 6 lorong.

Pengarah
Syed Syahrul Zarizi mula berjinak dalam bidang seni sebagai penulis naskah tidak serius dan ringan-ringan sebelum berjinak dengan blog dan seterusnya kini jatuh cinta dengan filem. Enam Lorong adalah filem sulung beliau yang dihantar ke festival. Tidak mempunyai latihan formal, beliau kini menetap di Bandar Seri Alam dan akan menjadi ayah buat kali ke 3 tidak lama lagi.

July 22, 2010

SROQ - Indra Syaabani (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)



Sinopsis
SROQ adalah sebuah komedi yang mengisahkan seorang pemburu terserempak dengan dua ekor gergasi.

Pengarah:
Indra Syaabani beroperasi di Melaka, Malaysia. Pengarah muda tanpa latihan formal dalam bidang filem ini biasa terlibat sebagai krew drama-drama TV berbentuk ketenteraan. Pun begitu, kekuatan utama Indra adalah komedi ala utara. Beliau menggondol hadiah filem pendek komedi terbaik pada 2008 (Pertandingan Karyawan Muda anjuran Filem Negara Malaysia.

SUNRISE- Platon Theodoris (Coming soon to Maskara Shorties Aug 7)

Before Sunrise - The making of Sunrise


SUNRISE -
Stories from the Sunrise Children’s Village have been adapted to tell the tale of nine year old Chin, forced to quit school to look after his two younger sisters, while their mother works far away on a cucumber farm. 

Sunrise was made with the kids from the Sunrise Children's Village in Cambodia is currently on the film festival circuit: 30th Busan Short Film Festival, 27th St Kilda Film Festival, Athens (Ohio) Film Festival, 4th Dungog Film Festival, 23rd Singapore International Film Festival, 9th Bondi Short Film Festival. 

About The Director
Platon, based in Sidney, Australia, is an independent film director who loves discovering the strange and unexpected in the everyday. This might explain his uncanny strength to engage an audience by capturing genuine and memorable performances. Visit his website- HERE.

July 20, 2010

À LA FOLIE / like crazy- Sanif Olek (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


À LA FOLIE
Synopsis: Set on Serangoon Road in Singapore's "Little India" quarter, the mythical characters of Sinta, Arjuna and Rawana from the classic Ramayana text are reincarnated in this present-day postmodern rock-and-roll remix. Awarded “Best Short Film” (4th Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2009).

The Director
Sanif Olek has been accredited for developing, producing and directing successful television content of various genres since 1996. He collaborates with some of Singapore 19s leading production agencies. His work is seen by international broadcast audiences and markets, covering diverse cultures in Asia.

Recognitions
* LOST SOLE (short film) * Best Film On Religion - Int'l Festival of Short Films on Culture (Jaipur) 2008 * Best Narrative Film - Rahmat International Shortfilm Festival (Tabriz, Iran) 2008

* In Competition/Finalist - Hawaii International Film Festival Tehran International Short Film Festival Singapore Shorts Film Festival FAIF International Film Festival Village International D-Cinema Festival Malaysian Video Awards

* Official selection in 30+ film festivals

Visit Reeljuice Blog by Sanif Olek.

July 19, 2010

THE FOREST SPIRITS by Ting Szu Kiong (Coming soon to Maskara Shorties Aug 7)



THE FOREST SPIRITS 狐仙计 The first Singapore wuxia short film Story by Ting Szu Kiong. A powerful clan leader goes deep into the forest to hone his supernatural skills. To stop disturbance, he kills one of the forest spirits to warn them while they are having a celebration. Years later, the forest spirits lure a young man into the forest. This is their first step in their revenge against the tyrannical man who has taken away their territory.

The screening of The Forest Spirit at Maskara Shorties is the world premiere of the film.

About the director:
Ting Szu Kiong 陈祖君 is one of the most prolific self-trained filmmakers in Singapore. His first short film, My Keys 我的钥匙 (comedy/fantasy), was nominated for Best Short Film in Asian Festival of First Films. His second, Michelle 米雪 (experimental), was selected for screenings under Asian Film Symposium. The Triumph 胜利的微笑 (film noir), is his third while The Forest Spirits 狐仙计 (sword-fighting/fantasy), which would be Singapore's first wuxia short film, is his fourth.Ting Szu Kiong is a Malaysian from Sabah based in Singapore.

Read the interview with the director: SINdie, Production Talk

July 17, 2010

IKAN LANGKA by Basil Mironer (Coming soon to Maskara Shorties)

Rare Fish tells the story of a boy living in a small, obscure fishing village in Bintan Island, Indonesia who tests the measure of life when he strives to catch up to the adults.
To read more about the behind-the-scenes of this film, please visit:
http://weirdfishshortfilm.blogspot.com/

Awards:
Palm Springs International ShortFest
2009 Best Student Cinematography for Alexa Caravia

Pusan International Film Festival
2009 Sonje Award for the the Director: Basil Mironer


Quote:
"Film tersebut sangat bagus dan mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton," ujarnya yang dihubungi dari Tanjungpinang. ( Antara News )

July 16, 2010

DOCU- Less is more

July 8, 2010

AT-AT DAY AFTERNOON



June 24, 2010

ARTIST IMPRESSION

Here's an impression of an artist of our Maskara Shorties Film Festival.

Art by RAJAWALI ART GROUP

Mobile Men by Apichatpong Weerasethakul


Apichatpong "Joe" Weerasethakul (also transliterated as Aphichaːtpong Wiːraʼseːthakun, Thai: อภิชาติพงศ์ วีระเศรษฐกุล; born July 16, 1970) is a Thai independent film director, screenwriter, and film producer. His feature films include Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives, winner of the prestigious 2010 Cannes Film Festival Palme d'Or prize; Tropical Malady, which won a jury prize at the 2004 Cannes Film Festival; Blissfully Yours, which won the top prize in the Un Certain Regard program at the 2002 Cannes Film Festival; and Syndromes and a Century, which premiered at the 63rd Venice Film Festival and was the first Thai film to be entered in competition there.

June 21, 2010

June 10, 2010

How To Make Your First Movie - Phase 1: Writing



Submit your film to Maskara Shorties before 14 July 2010.

May 26, 2010

MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010


Maskara Shorties is an outdoor film festival screening short films made by seasoned and fresh filmmakers. It is not a competition as we want to encourage limitless creativity among filmmakers. Be offbeat, be bold, be what you wanna be.

Maskara Shorties 2009
Maskara Shorties 2008

Coming soon:
MASKARA SHORTIES AUG 7, 2010. Rumah Pena, Kuala Lumpur


Submission Requirements:
1. Films must have been submitted before July. 14, 2010
2. All non-Malay/English films must have Malay/English sub-titles.
3. Films must be submitted on DVDs. Submit TWO DVDs per story.
4. DVDs should be labeled with the title, running-time and contact email and phone number.
5. You MUST email us stills or press kits. a) Filmmaker Biodata + photo b) Film Title c) Poster e) Set Photos f) Et Cetera
6. Sol-jah reserves the rights to use the DVDs and press materials from the film for promotional purposes.
7. Sol-jah is permitted to retain DVD copies of each film selected as part of our festival library and for media educational use.
8. You are encouraged to upload a trailer or clip of your film on youtube.
9. You may submit more than one film, but each one must be on a separate DVD set.
10. If you would like to make sure that we received your submission, please enclose a self-address, stamped postcard which we will send back to you as your confirmation.
11. No fee for submission.
12. There won't be any winners and losers as Maskara Shorties is not a competition.
13. The running time of your film MUST be 10 minutes or less.

Deadlines:
Films must be postmark by the following deadline:
• Deadline – July 14, 2010
• Maskara Shorties – August 7, 2010. 8pm. Rumah Pena, Kuala Lumpur.


Selection:
1. Film selection for the Festival will be made by the Festival Committee.
2. We dictate no specific themes. Be creative.
3. We cannot be held liable for DVDs which may be lost or damaged.

Send Materials To:
Dean Sham
44-1 Jalan 8/23E Taman Danau Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Setapak Kuala Lumpur

tel: 4143 6180
017-3043907

e-mail: deansham@gmail(dot)com