November 8, 2008

Laporan MASKARA Shorties

Comment from "saharil" for "kau ajelah yang betul"
18 hours ago
Dan strike out tu juga mengingatkan aku satu insiden masa tayangan filem2 pendek maskara shorties di rumah Pena sabtu lepas: Cik Daun minta aku tandatangan buku Romlah, tapi aku dengan blur-nya telah menulis namanya sebagai Amyz, ...

Maskara Shorties
19 hours ago by CikAjun
Weekend lepas aku pergi dengan kawan-kawan yang aku suka ke Maskara Shorties. =) Masa mula-mula je aku sampai aku tengok dah ramai orang duduk dan bersedia nak tonton semua filem-filem pendek yang ada. Mula-mula sekali aku terus cari ...

Cekik - Bin Filem (2008)
5 Nov 2008 by Nazim Masnawi
Terus terang cakap, aku tidak pernah memahami kata-kata itu sehinggalah filem ini muncul – dan mengejutkan aku – di Maskara Shorties pada malam minggu lalu.** *Terutamanya dari segi bahasa filem. Wow, bahasa filemnya tinggi... wow, ...

Tetiba gua rasa macam artis kena interview pulak.
5 Nov 2008 by Rambo
Maskara Shorties. HUMCHAAA....! 24. Favorite brand of clothes? ~ Banana Republic? Nike? Giordano? 25. What is your ringtone? ~ Hey, Johnny Park by Foo Fighters and Red Light Indicates Doors Are Secured by Arctic Monkeys. Haih. Penat. ...

maskara shorties: nostalgia wayang pacak
5 Nov 2008
Dan lelaki di dalam van itu yang berada di sebelah pemandu akan menjerit kuat-kuat pada mikrofon di tangannya, “Tuan-tuan dan puan-puan! Malam ini akan diadakan tayangan wayang ga. Read more here: maskara shorties: nostalgia wayang ...

maskara shorties: nostalgia wayang pacak
5 Nov 2008 by zaki zainol aka kangaq
Bertempat di Rumah Pena dalam acara Maskara Shorties yang dianjurkan Sindiket Sol-jah. Tetapi mereka tidaklah menayangkan filem Bujang Lapuk dan tiada projektor di atas bumbung van. Ini wayang pacak moden yang menayangkan filem-filem ...

KL Trip - Part 2
5 Nov 2008 by zeemi
*click on pics to enlarge. original image size rawks*. *next post : KL Road Trip DETOUR - Maskara Shorties*

Maskara Shorties 2008
5 Nov 2008 by irwandy
Maskara Shorties 2008 adalah seperti festival tayangan filem pendek anjuran Sindiket Sol-Jah. Kesemuanya adalah sahabat2 blog sejak 4 tahun yg lepas drpd Geng Jurnal. Such a great effort by them. Mamat Khalid pun ada menyumbangkan satu ...

MASKARA SHORTIES: NOTA DARI JENDERAL SINDIKET SOL-JAH
5 Nov 2008 by MASKARA SHORTIES
Kami tidak akan compile filem-filem pendek di bawah durasi 10 minit tersebut kerana kerja kami hanyalah menayangkannya tanpa prajudis pada hari berkenaan sahaja. Harap maklum. Kendatipun, jika nak repeat tengok - anda boleh menghubungi ...

Biarlah Rahsia!
4 Nov 2008 by alif-mikail
Maskara Shorties.. Aku baru layan satu cerita je.. Terima kasih Bro Gunx .. Komen kalian koi tak sempat nak balas lagi..kepala masih ting tong! ************************************************************ Rahsia Aku? ...

maskara shorties :)
4 Nov 2008 by aifaa
we had our reunion! *i went on and postponed my flight! and it was worth everything... :). if i could... i'd definitely do it again!

‘SMS’.. Ajami Hashim : Ungkap Permasalahan Sosial…?
3 Nov 2008 by amy ikram ismail
Maka lahirlah, program Maskara Shorties yang menghimpunkan puluhan karya-karya daripada para blogger, anak-anak muda dan para penggiat filem itu sendiri khususnya, Mamat Khalid. Walaupun saya tidak dapat datang pada malam tersebut atas ...

Maskara Shorties 2008 : Lu Lu Lu Cah !
3 Nov 2008 by gunx
acara hampir tamat, pop corn sudah licin, air teh manis2 pucuk turut ba-gitu. penonton barangkali lapar dan haus. otak sudah tepu dengan hidangan genre itu genre ini. seni bersurat, bersirat, bertelanjang. mahu sampaikan sesuatu. dalam ...

on MS photos:sucky internet access
3 Nov 2008 by beep
regarding hang out @ Maskara Shorties last Saturday, i know all of u are waiting eagerly for our photos from me.unfortunately, the internet is not doing its best here so, u guys hv to wait, in the meantime i will try my best to upload ...

Entri MASKARA: Grip Phone
3 Nov 2008 by Firdaus
Grip Phone arahan Tok Rimau ini adalah filem pendek pertama yang saya ketahui penyertaannya untuk MASKARA. Dengan kredibiliti Tok Rimau sebagai salah seorang penerima anugerah BMW Shorties, saya tentunya mengharapkan kualiti yang tinggi ...

mahhass berkata..
3 Nov 2008 by Ajami Hashim
... duk jauh) dan filem kau ini adalah filem ke-2 selepas Cekik oleh Jhebat (binfilem) dalam banyak-banyak yg ditayang di Maskara-Shorties baru2 ni (ciss kenapa Festival ala Cinema-Paradiso ini tak wujud masa aku di KL dulu huh? ...

MALAM MASKARA
3 Nov 2008 by saudagar gaRAM..
sabtu kemarin,gua layan ke MASKARA SHORTIES dengan kazen gua yang sepuluh hari lagi tua dari gua.. wa cakap lu,tabik kepada SINDIKET SOLJAH.. gila ramai orang datang malam tu.. dari KAWAN KAWAN YANG KITA SUKA. ...

Maskara Shorties bersama kawan-kawan yang kita suka
3 Nov 2008 by zan
Pernah gak la aku layari blog penganjur ketika MASKARA yang lepas2 tapi tak de la sebanyak malam minggu tu. Memang kagum aku walaupun promosi hanya melalui internet. Dahsyat giler (bak kata Awie dalam Zombie Kampung Pisang). ...

tindakbalas dari mereka di luar sana
3 Nov 2008 by benmaya
di bawah ini adalah apa yang mereka kata di blog/laman web: MASKARA SHORTIES Saturday, November 1, 2008 POST-MASKARA SHORTIES Kredit Foto : Muhammad Firdaus Ariff SOL-JAH http://sol-jah.blogspot.com ZAMRI MOHAMAD Maskara Shorties, ...

MASKARA SHORTIES NITE
3 Nov 2008 by one love
abg nazari, kak jib dan abg lan :). penontonss dan abg pyan, abg mamat and abg sinaganaga! penontonsss and the white shirt guy is abg meor :). abg iqbal, abg ajami and nampak tak abg mamat tu ha? perasan muda melepak dengan anak2 muda! ...

Aku perlukan rehat...
3 Nov 2008 by sukahati
Habis tu dah pukul 6, Nani dengan aku ingat nak lepak kat Masjid yang dekat dbp tuh sbb mlm tuh plan nak pergi Maskara Shorties. Gigih kan?? nak tunggu result pun mcm la menang kan?? So baik la berambus sbb mlm tuh ader plan lain. ...

aku tak de idea... otak aku beku, brader kat sebelah bau rokok dia ...
2 Nov 2008 by sicarangkulina
aku pergi tengok semi final dan final pesta bola merdeka, aku pergi eco film fest, aku pergi maskara shorties... lain-lain... aku jalan2, lepak2 rumah member, buang masa sana-sini. bergembiralah! sekian.

Tahniah Alif
2 Nov 2008 by Ismail
Sekalung tahniah ku ucapkan kepada ahli-ahli lembaga Sindiket Soljah kerana dengan jayanya melangsungkan Maskara Shorties buat julung-julung kalinya. Aku sempat berdiskusi bersama Mamat Khalid. Malam itu aku berada disitu. ...

Snap@Maskara
2 Nov 2008 by MrRoy
Team Maskara Shorties. Tips dan teguran membina dari Mr MK sambil diperhatikan oleh Pian Habib. sofi jikan dan gua, janggut lu lagi panjang la. Posing maut dari pengarah pilihan. antara awek-awek yang ada pada malam tu...eh! bini aku la ...

Maskara Shorties
2 Nov 2008 by pipiyapong
Kutu-kutu semua cakap gua gedik. Nampaknya lakonan gua berkesan. Notakaki: Terima kasih kepada semua yang hadir. Dia punya ramai yang datang sampai kalah Masjid Tempoyang..!!

Tembok,SMS dan Maskara
2 Nov 2008 by syd
Semalam ke Maskara Shorties.Enjoy dan tertarik dengan Melayu 106 Mamat Khalid.Hari Ini Hari Bodo Saya Cik! berjaya buat aku ketawa.Memang agak bodo hari yang dilaluinya.Genggam karya Tok Rimau mengingatkan aku pada kes yang baru saja ...

apa aktiviti hujung minggu anda?dataran merdeka?
2 Nov 2008 by masta
kedatangan AKU ke malam maskara-shorties memang tidak terancang..teragak mahu pergi..AKU terus memberitahu langsir..hari yang bagi AKU cukup letih disebabkan tidur kurang daripada sejam..walaubagaimanapun..acara mascara-shorties agak ...

maskara shorties - siapa punya kerepek bawang sedap malam itu
2 Nov 2008 by kel@mbu
MASKARA SHORTIES - SIAPA PUNYA KEREPEK BAWANG SEDAP MALAM ITU gambar ihsan Basrie Orang ramai berpusu-pusu. Maskara kali ini betul-betul pecah panggung. Cawan pakai buang habis begitu saja. Aku cuma sempat layan kerepek bawang sedap ...

MASKARA-SHORTIES YANG HEBAT
2 Nov 2008 by Rudy
Usah pertikai kehebatan penganjuran Maskara-Shorties malam minggu yang lalu. Sampai aku terpaksa bayar ar em dua memakir kereta di sebelah kubur Cina depan Rumah PENA. Melimpah! Maaflah. Aku tidak akan bercerita sangat tentang difilem ...

maskara shorties 012 Nov 2008 by nobody@flickr.com (Saiful Nang)
Saiful Nang posted a photo:. maskara shorties 01. kredit to muhammad firdaus ariff.

Maskara Shorties juga
2 Nov 2008 by miezi
Pemergian ke Maskara Shorties di Rumah Pena semalam bertemankan adik laki aku yang kebetulan baru habis gig kat BB. Aku malas nak ajak kawan-kawan pergi, sebab ada sesetengah kawan-kawan aku budget Diva/Superstar/Selebriti Terkenal ...

Saya kembali
2 Nov 2008 by Water Lily
Saya fikir-fkir mau mengajak dia ke Maskara Shorties. Saya sampai di rumah dalam keadaan yang amat letih. Hati masih mahu pergi Maskara Shorties. Rupanya jam delapan baru terpisat-pisat bangun. “Nasib baik, tak pergi. ...

Maskara Shorties, di sebalik tabir...
2 Nov 2008 by spyz
Selepas 24 jam Maskara Shorties berlalu. Sebelumnya. “Kau ingat Spyz Tuhan??” jerkah Vovin kepada Naga di dalam telefon. Acara 5 jam lagi akan bermula, kami masih berkira-kira mahu buat di dalam atau di luar Rumah Pena. ...

Maskara Shorties : Malam ‘Makan Asap’
2 Nov 2008 by Bayan
“Aik, tak tengok filem kat luar?” tanya seorang jejaka yang memakai t-shirt coklat bercop Sindiket Soljah. “Sesak nafas,” jawab saya. TOK RIMAU - “GRIP PHONE”. KUMPRINX -”HITAM”. MAMAT KHALID - “MELAYU 106”. ...

SELLING FAST
2 Nov 2008 by MASKARA SHORTIES
Lebih 200 naskhah terjual dalam sekelip mata. Image Hosted by ImageShack.us RM22 senaskhah, termasuk harga pos (Malaysia sahaja). Apa-apa pun, hubungi kami di sindiketsoljah at gmail dot com.

Maskara Shorties!
2 Nov 2008 by Dani Izwan zainol
Semalam satu mlm berehat di rumah pena melayan maskara shorties. Ok la. Bnyk juga filem yg tak smpat aku tonton gara2 no plet keta pett yang diannounced minta diubah2 banyak kali. Kalo semalam singgah beli magnum 4D, harini mst dpt 1st ...

Why...? Why....?? Why....??? (Mungkin ini post yg Maha Panjang...)
2 Nov 2008 by maPieCeoFarT
Semalam ke MASKARA Shorties... seronok skali membonceng atas empat roda milik en. azmir (thanx bro... =D..) kami ke sana dgn gembira - ader aku, si jajan^kopi, en.vita, en.tomok dan en.azmir semestinya lahh... kalo tak, xkan kete tuh ...

MASKARA Shorties
1 Nov 2008 by Hisham Alias
semalam. kali pertama ke maskara. bertempat di rumah PENA. program anjuran para blogger yang menggelarkan diri mereka sindiket sol-jah. parkir sesak. libang-libu cari parkir. ramai betul manusia. hidangan pada malam ini ialah tayangan ...

Canon Photomarathon 2008 & Maskara Shorties 2008
1 Nov 2008 by nhanania
Canon Photo Marathon Malaysia 2008 Venue : Berjaya Time Square, Pavillion KL, KLCC Date : 1st Nov 2008 Time : 7am - 8pm aku smpai agak lewat sedikit, around 720am..aku pergi sana dgn kereta baru Sukahati..hhhehe merasa aku naik kereta ...

Maskara Shorties, buka pintu untuk suara baru1 Nov 2008 by Blog Rasmi Motivasi Minda
Sempat juga menghadiri Maskara Shorties. Kali ini ia menghimpunkan penggiat filem pendek dan mereka yang baru-baru bereksperimentasi dengan dunia filem pendek. Lari daripada kebiasaan aktiviti terdahulu. Kami tiba awal di sana, ...

..::MASKARA SHORTIES : THE UNTOLD STORIES::.. Malam tu Lautan ...
1 Nov 2008 by madulebah
MASKARA SHORTIES : THE UNTOLD STORIES::.. Malam tu Lautan manusia di setiap penjuru Mujur polis dan FRU Tak datang serbu Saya tak boleh nak komen tentang filem. Sebab satu filem pun saya tak dapat nak tengok. ...

Ber'Willie Nelson' di pagi ahad terasa seperti sedang chill-out di ...
1 Nov 2008 by Wan Ratno
Semalam aku ke Maskara Shorties di Rumah Pena. First impression; ramainya orang. Aku amik port paling bagus untuk menonton sampai cramp otot-otot di bontot. Tapi takpa, sebehagiannya amat menarik perhatian. Untuk aku memberi komen, ...

10 KALUNG TAHNIAH BUAT SINDIKET SOL-JAH ATAS KEJAYAAN MASKARA SHORTIES
1 Nov 2008 by SESEORANG
kesimpulannya, MASKARA SHORTIES malam tadi sangat berjaya.kenapa aku cakap sangat berjaya?sebab apa aku lihat malam lebih, jauh lebih hebat dari yang aku expect.sekali lagi tahniah buat SINDIKET SOL-JAH. ...

Kisah Benar Tentang Kelmarin, Semalam, Hari Ini dan Esok
1 Nov 2008 by Anasir
Aku ke acara Maskara Shorties. Niat utama nak jumpa kawan-kawan selain nak tengok hasil kerja beberapa orang yang buat cerita. Ada orang lama dan ada orang baru. Aku tak pandai pasal filem pendek. Kalau nak pendekkan filem, ...

Laporan : MASKARA Shorties Mantap Dalam Gelap
1 Nov 2008 by dugongsenyum
Tayangan filem pendek aka shorties yang cukup santai dan 'berisi'. Sebagai salah seorang kawan mereka, aku menumpang bangga. Aku dapati semua filem pendek yang ditayangkan mempunyai teknik cinematografi yang best mantap tahap angkasa! ...

Peristiwa : MASKARA Shorties
1 Nov 2008 by Vitamin
hari ini aku berjaya menghadirkan diri ke MASKARA anjuran Sindiket Sol-Jah. kiranya, aku semakin konsisten menghadirkan diri ke program derang ni. kenapa? aku pun tak tau. mungkin derang ni lain sikit. lain maksud aku, pendekatan derang ...

post-maskara shorties.
1 Nov 2008 by faizalmukhtar
Bukan enteng-entengan rupanya untuk menghadam pemikiran film maker independen Malaysia dewasa ini. Ini pun masih ada yang terkandas kat saluran esofagus-kerongkong-trakea, malah menyekat sedikit sistem pembuluhan sel darah merah gua. ...

Wish I remembered to bring my camera
1 Nov 2008 by a t o m i c betty*
If I were to say it all like how Rahman does it in that Perodua ad- It'll be Benefit Warehouse Sale - Baba Low - Mid Valley - Chilli's KLCC - Eco Film Festival - Palate Pallete - Maskara Shorties. All that, and I was at 21 last night ...

mascara shorties
31 Oct 2008 by joabdullah
usaha murni harus dipandang jgn dibiar sepi. merekalah pengerak utk masa yg mendatang malah pemberi warna baru pada persekitaran scene yg malap ni. pls guy! LAMAN WEB PEMBIKIN FILEM PENDEK YANG TERLIBAT DALAM MASKARA SHORTIES ...

pemberian. MASKARA31 Oct 2008 by nickmenza
MASKARA Shorties malam ini di rumah PENA. Aku kepingin untuk turut melepak dan melihat filem-filem pendek yang dihasilkan oleh orang-orang ‘underground’ yang mempunyai ’sesuatu’ dalam diri mereka untuk diekspresikan kepada khalayak. ...

Pengalaman Saya Di Maskara Shorties3 Nov 2008
Kumprinx sedang asyik mengejas daun pintu Orang pepalih ramai datang. Kereta bersusun di luar sana. Gua jadi main panik. Team kami tiba lewat dan terlepas menyaksikan tayangan video klip gua. Hape cerita tuan punya badan tak tengok ...

November 5, 2008

MASKARA SHORTIES: NOTA DARI JENDERAL SINDIKET SOL-JAH

Kami tidak akan meng-compile filem-filem pendek di bawah durasi 10 minit tersebut kerana kerja kami hanyalah menayangkannya tanpa perasaan prajudis pada hari berkenaan sahaja. Keputusan ini adalah muktamat. Harap maklum.

Kendatipun, jika nak repeat tengok mana-mana filem - anda boleh menghubungi sendiri mana-mana pengarah yang terlibat dalam projek marhein modal seciput ini.

November 4, 2008

MASKARA SHORTIES: NOTA DARI PENGARAH PROJEK

Aku sedang berlegar-legar di alam google dengan bekalan kata kunci "Maskara Shorties" untuk tahu komen, gambar dan sebarang isi hati acara yang telah aku anjurkan.

Terima kasih kepada yang menyertai, yang hadir dan yang menulis coretan (dan meletak gambar).

Ada coretan yang sedia faham objektif MASKARA sementara ada yang terpinga-pinga, aku kira kerana mereka belum pernah datang pada edisi-edisi sebelumnya.

Tujuan MASKARA hanya satu - mengumpulkan penggiat dan peminat seni dari pelbagai ideologi dalam satu tapak acara. Noktah. 

Itulah yang diulang-ulang sejak MASKARA edisi pertama.

Bila melihat variasi filem apa yang mereka suka dan filem apa yang mereka tidak suka dari segenap penjuru komen, aku boleh katakan objektif MASKARA sudah tercapai. 

Sudah tentu setiap individu ada citarasa dan pendapatnya sendiri. Maka atas dasar itulah aku memilih filem-filem yang memang kontradik antara satu sama lain. Sampah di mata A adalah awek cun di mata B. Kiamat namanya kalau semua orang sependapat. 

Menganjurkan MASKARA SHORTIES juga banyak mengajar aku tentang semangat setiap pembikin. Secara peribadi, ada antaranya yang aku tidak suka, tapi orang lain suka. Melihat airmuka semangat si pembikin filem yang filemnya bukan citarasa aku menambahkan rasa hormat kepada orang-orang seperti ini. 

Pokoknya pembikin-pembikin ini percaya karya mereka best. Aku tabik! 

Disebalik definisi filem yang berbeda dari setiap pembikin ini, selamat aku katakan semuanya bersemangat untuk buat yang terbaik. Mungkin halangan kos dan pengetahuan yang membezakan. Pentas MASKARA bukan pentas untuk menunjuk hebat, tapi lebih kepada pentas untuk menunjuk semangat.

Aku berharap filem-filem pendek yang ditayangkan semasa MASKARA SHORTIES tidak terhenti di situ. Harap ada antaranya dapat bergerak lebih jauh. Mungkin suatu hari nanti ada yang boleh bikin filem sehebat Yasmin Ahmad, atau Mamat Khalid, atau Ahmad Idham, atau Prof. Razak atau Yusuf Haslam. 

Untuk aku, aku mahu bikin filem untuk duit, perempuan dan kekuasaan. Soal perjuangan aku serahkan kepada anda semua yang lebih bersemangat. Maleh aku nak berjuang-juang ni. Karang tak pasal-pasal stress. Stress dengan awek pun tak habis-habis lagi ni. Mana nak kena ingat tarikh lahir la, lupa beli pepsi la, tak sms la, apa la...

Nazri M. Annuar
Pengarah Projek MASKARA SHORTIES


November 2, 2008

POST-MASKARA SHORTIES

kredit foto : muhammad firdaus ariff

Jika ada ulasan mengenai maskara shorties atau apa-apa saja mengenainya, sila tinggalkan link di ruang 'comments'.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan.

Humchaaa!!!

November 1, 2008

MASKARA SHORTIES - POSTER RASMI & FAQ

Ini adalah papan notis. Untuk entri terbaru sila lihat di bawah.
UPDATE (30 Oktober 2008 - TAMBAHAN FAQ)




1. Mana Rumah Pena tu weih?
Sini ada map: http://sol-jah.blogspot.com/search/label/Peta. Rumah Pena di sebelah Rumah GAPENA. Bertentangan jalan dengan bangunan MAA.

2. Macam mana nak sampai ke Rumah Pena, oi?
Kalau anda masih percayakan sistem perkhidmatan awam negara tercinta ini, anda boleh gunakan Ampang Line (sebelum ini dikenali sebagai Star line) atau Monorail, turun di Stesyen Hang Tuah. Dari stesyen ini, boleh berjalan kaki ke arah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Insya' Allah dalam 20-30 minit akan sampai. Sila pakai minyak wangi secukupnya. Kalau mahu gunakan teksi, boleh berhenti di hadapan Bangunan MAA (Jalan Dewan Bahasa atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Lapangan Terbang Lama), dan menyeberangi jalan dari situ.

3. Saya tak ada duit nak bayar tiket
Masuk PERCUMA. Diulangi, PERCUMA. Ulangan kali kedua, PERCUMA!

4. Di mana nak beli tiket?
Masuk PERCUMA.

5. Tiket berapa harga?
Rujuk perkara 3.

6. Saya nak pakai baju kebaya boleh?
Kalau kamu perempuan, dipersilakan, tapi ini bukan Dewan Filharmonik Petronas. Kalau lelaki, sila fikirkan perasaan (dan kasihanilah selera) orang sekeliling.

7. Saya nak pakai t-shirt saja boleh?
Boleh, pastikan anda pakai seluar sekali.

8. Saya tak nak pakai apa-apa boleh?
Paling koman pun, pakailah minyak wangi.

9. Apa itu MASKARA?
Datang dan anda akan tahu.

10. Saya seganlah nak datang
Tok Rimau akan sentiasa available untuk menguruskan keseganan anda. Mat Jan pun mula-mula pemalu, sekarang dia yang paling galak atas pentas.

11. Tiket masih ada lagi tak?
........

12. Bolehkah saya buat rebiu acara yang tidak mengadakan sesi diskusi?
Pasti boleh. Rebiu, kritik, ulasan, laporan bergambar di blog, facebook, myspace, forum, majalah dan suratkhabar adalah digalakkan pasca-maskara. Jangan lupa beritahu kami, boleh kami linkkan laporan itu.

13. Ada makan-makan tak?
Setakat nak alas perut, insya' Allah ada. Tapi kalau nak kenyang terbelahak, minta maaf banyak-banyak, anda tersalah majlis.

14. Ruang parking cukup tak?
Kalau kamu memandu bas atau kepala lori kontena, mungkin tak cukup. Anda digalakan datang bertumpang-tumpangan, duit minyak tong-tong la. Kalau kamu masih mahu memandu sendirian, sila patuhi arahan pegawai parking yang bertugas. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out).

15. Kat mana Rumah Pena ni?
........

16. Habis majlis pukul berapa?
Kami anggarkan akan tamat sekitar jam 12 tengah malam. Kalau mahu pulang awal, pastikan kenderaan anda tidak dihadang oleh kenderaan lain. Kalau anda mahu pulang lewat, pastikan kenderaan anda tidak menghadang kenderaan lain. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out).

17. Apa buah tangan tak?
Ada barangan yang diberi percuma, dan ada juga yang dijual. Ringankan mulut untuk bertanya. Jangan mengambil barangan jualan tapi tidak mahu membayar; buruk padahnya!

October 29, 2008

Maskara Shorties di Berita Harian

October 28, 2008

AJAMI HASHIM - TRAILER SMS

GENG SIFOO - TRAILER SEBUAH KARANGAN BERTAJUK KUALA LUMPUR

LAMAN WEB PEMBIKIN FILEM PENDEK YANG TERLIBAT DALAM MASKARA SHORTIES

MAMAT KHALID




TOK RIMAU (Blog dia private, kasi link pun buat apa, add saja facebook dia)












MASKARA SHORTIES DI KOSMO - PRE EVENT WRITE-UP

2 mukasurat tu weihh!!!





MASKARA SHORTIES DI LAMAN WEB

Berikut adalah beberapa pengendali laman web (termasuk forum) yang telah mempromosikan MASKARA SHORTIES. Terima kasih daun keladi. Kalau datang sudi-sudilah menghiburkan diri. Ewahhh










FAZLEENA HISHAMUDDIN - THE LOST COMMUNICATION

CHE WAN MOHD FAIZ & MOHD NAZRI ZAINUDDIN - TRAILER 8 JAM

CHE WAN MOHD FAIZ & MOHD NAZRI ZAINUDDIN - 8 JAM

October 23, 2008

October 22, 2008

October 21, 2008

October 16, 2008

DEAN SHAM - RMN IN BROADWAY

October 11, 2008

SMS - AJAMI HASHIM

Pengarah pertama yang submit poster:



Yang lain mana?

October 5, 2008

PENGUMUMAN RAKYAT

Dibawah adalah emel yang aku hantar kepada semua pengarah yang menyatakan hasrat nak join MASKARA SHORTIES. Aku letak di sini kalau-kalau emel mereka itu sudah padam.

-----------

Salam hormat,

Emel ini dihantar kepada mereka yang dah menyatakan kesudian untuk menyertai MASKARA SHORTIES pada 1 November nanti.

Maka kiranya disini saya hendak menyertakan tentatif deadline untuk submission video anda.

SINOPSIS, PROFIL PENGARAH DAN APA MAKLUMAT BERKAITAN: Deadline 11 Oktober 2008.
Ini kerana kami hendak menyediakan bahan-bahan promo seperti pamplet, poster, risalah dan print out untuk media. Untuk maklumat pengarah sudi kiranya disertakan hasil kerja sebelum ini, siapa dia, laman web dan sebagainya (untuk pengarah yang mahu mempromosikan diri), bagi yang mahu remain anonimous atas dasar seni, sila karang maklumat kreatif anda sendiri.

VIDEO hasil kerja yang hendak ditayangkan: 20 Oktober 2008.
Diharapkan agar dapat diserahkan video-video (filem pendek) yang hendak ditayangkan selewatnya pada tarikh di atas. Ini untuk urusan membuat persiapan video sapa nak tayang dulu selain dari memastikan tiada peserta yang bertindak separa sedar menghantar video porno hardcore untuk ditayangkan.

Saya juga berharap agar pengarah-pengarah, kalau berjaya, menyediakan dan menghantar kepada saya promo material seperti berikut:

- Trailer
- Poster
- Video behind the scene
- Still images
- foto pembikinan
- atau apa sahaja material berkaitan

Material di atas boleh dihantar kepada saya sepanjang bulan Oktober ini untuk diletakkan dalam blog maskara shorties (maskara-shorties.blogspot.com). Untuk video, boleh sahaja kasi hyperlink youtube (lagi bagus).

Terima kasih

Nazri M. Annuar
Pengarah projek Maskara Shorties
YM: vovin_realm

August 22, 2008

KENAPA MASKARA SHORTIES?

Sebaik sahaja Sindiket Sol-jah mengumumkan yang MASKARA bulan november nanti akan dikhaskan untuk cara tayangan filem pendek, ada beberapa soalan dan cadangan diajukan.

Salah satunya cadangan diadakan diskusi tentang filem-filem pendek tersebut.

Maka sukanya hendak dijelaskan di sini ialah Sindiket Soljah langsung tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang diskusi. Antara sebabnya kerana cara tersebut sudah dijayakan oleh Fazleena dan pihak Republik Teater menerusi progran bulanan "Screen And Talk" di rumah PENA. Maka biarlah cara tersebut kekal diuruskan oleh saudari Fazleena.

Sementara MASKARA SHORTIES ini masih kekal dengan objektif asas MASKARA, yakni mengumpulkan penggiat seni tanpa sebarang prejudis. Dengan kata lain malam itu adalah malam meraikan dengan tayangan-tayangan filem pendek. Baik atau buruk, bosan atau mengujakan, terpulang pada mata masing-masing. Kalau ikut Pipiyapong, dia suka Rambo, maka tayanglah filem lelaki berketak mengangkat lori. Jika ada filem yang benar bagus untuk didiskusikan, maka malam MASKARA itu menjadi medan memperkenalkan diri untuk acara susulan dari pihak seperti Republik Teater pula.

Harap kita dapat berjumpa dan berkenalan November nanti.

Yang Benar

Vovin
(Macam write up siaran akhbar RTM la pulak rasanya)

August 21, 2008

GOSIP CIK ROMLAH

KUALA KUBU BARU: Psttt, dengar cerita Sinaganaga nak bikin filem. Betul ka? Tapi Cik Romlah kita bukan nak cerita pasal Naga bikin filem. Cik Romlah dengar, ada orang nak sabotaj penggambaran filem bikinan Naga ni. Ni apa cerita?

Menurut sumber yang ingin dirahsiakan, yakni saudara Mohammad Puad Bin. Muhammad Pa'e, ada pihak yang sengaja mengelirukan Naga. Keliru camna tu, tanya Cik Romlah kita. Katanya Naga sudah order tripod kamera, mahu kasi gambar lebih stabil, tak nanti jadi macam filem, alaaa, cerita raksasa yang goyang-goyang tu. Apakejadahntah namanya. Ada dekat-dekat dengan nama Kapalapi. Alaa, cerita raksasa tu la.

Oh, okey, tripod.

Tapi tup tup yang datang sleeping bag camping. Ni apa kes? Sleeping bag camping dengan tripod pun tak reti nak beza ke? Alasan yang paling best,yang Cik Romlah kita dengar ialah, "alaaa, gua ingat beg ni beg tripod, rupanya beg sleeping bag camping, hangpa, hangpa".

Tunggu perkembangan selanjutnya samada saudara Naga kita dapat tak tripod.

--------------------------

SENARAI PEMBIKIN FILEM YANG MAHU MENYERTAI:

- Fazleena Hashim
- Padil (gua tak tahu nama penuh lu)
- Bin Filem
- Faizal Mukhtar
- Basri
- Arba'e
- Ahmad Azrai
- Sayap Putih Dari Angkasa

NOTA: PENYERTAAN DITUTUP MENJALANG HARI RAYA AIDILFITRI. MAKA SENARAI PESERTA YANG BERJAYA AKAN DIUMUMKAN PADA HARI ITU. YA, TATKALA SEMUA SIBUK MEMBAKAR LEMANG, GUA AKAN SIBUK BERINTERNET SAMBIL HATI MAK GUA TERBAKAR KERANA TAK TOLONG DIA MEMBAKAR LEMANG. TERIMA KASIH

VOVIN

August 20, 2008

EKSPERIMENTAL #4



Filem ini adalah sebuah eksperimental dari dua pengarah, Naz Annuar dan MJ Kasimov.

Perlambangan tangan ini bermaksud pertembungan antara idea existentialist dan idea sosialis konservatif tatkala mereka berada di dalam sebuah kedai menjual pakaian wanita. Gerakan berpusing itu menandakan gelodak rasa kanak-kanak berumur 8 tahun berkulit putih yang tinggal di Setiawangsa yang tidak tahu kemahuannya sama ada dia hendak menjadi cikgu atau pun peguam. Hitam putih dipilih sebagai satu metafora tentang hidup manusia yang bermula dari subuh hinggalah Isyak. Tapak tangan terbuka menandakan manusia yang telah melepaskan pegangan hidupnya untuk menjadi seekor burung merpati yang ingin terbang mencari roti. Secara keseluruhannya, filem ini dibikin tanpa suara sebagai protes terhadap pencemaran alam sekitar. Satu tempelak yang menyindir budaya sms di kalangan muda mudi disamping memberi komentar sosial terhadap masyarakat yang sudah lupa asal usul mereka. Terserlah, mesej filem ini adalah memupuk budaya mencintai ilmu pengetahuan dan peranan ibubapa sebagai orang tua kita.

Inilah filem seni.

August 11, 2008

NOTA-NOTA CINTA

Hear ye! hear ye!

Diminta kepada mereka yang berminat untuk menyertai MASKARA SHORTIES agar menghantar sedikit barang promosi untuk diletakkan dalam blog serba kekurangan ini. Ada pun barang promosi itu bertindak sebagai running-hype untuk acara yang bakal berlangsung.

Tapi jangan beri barang eksklusif yang sudah dimeterai dengan laman web lain. Nanti kena masuk mahkamah pula nanti. Kes wanita Mongol tu pun belum selesai, mahkamah banyak kerja jadi jangan kita tambah kerja mereka.

Ada pun ini merujuk kepada material yang telah dihantar oleh Pengarah Karlos Bandana di mana video promonya sebenarnya telah menjadi hak eksklusif laman web lelaki-lelaki gersang tak kira tua atau muda.

Terima kasih

Yang Benar

Nazri M. Annuar

------------------

Berikut senarai pengarah semi-berwibawa yang sudah menghubungi saya untuk menyertai MASKARA;

1. Karlos Bandana
2. Kumprinx
3. Bennylita Ramlee
4. Syafizan Kassim
5. Sinaganaga
6. Alif Firdaus Azis
7. Hisham Salmin
8. Izwan Arif
9. Sharpi The Cat
10. Chan Lai Woon
11. Godard

Ya, benar gadis-gadis jelita sekalian, saudara Tok Rimau dan Dean Sham masih belum menghubungi saya untuk membooking penyertaan. Bila agaknya?

La la la la la!

August 6, 2008

GOSIP PANAS: MAT JAN BIKIN FILEM?

Kalau bab filem, Mat Jan memang serius. ada krew pernah kena rotan. Katanya "Hangpa kalau tak hormat aku takpa, janji hormat filem Melayu,"


Wangsa Melawati: Ada kawan Che Romlah kita dari opis Mat Jan sana tu kasi tau, Mat Jan sehari suntuk ke PD hari Rabu lepas.

Buat apa Che Romlah tak pasti. Tapi orang cakap dia bawak member. Lepas bawak member, dia bawak kamera video siap dengan tripod. Ada sorang lagi lelaki itu dia. Siap pakai baju askar.

Mat Jan tak nak kasi tau apa dia buat.

Dia nak buat cerita perang ka?

Tunggu, nanti Che Romlah kita nak korek lagi.

Mat Jan tengah usha angle.

August 5, 2008

MASKARA SHORTIES - PANDUAN


Sindiket Sol-jah membuka peluang kepada pembikin filem pendek yang berminat untuk menayangkan hasil kerja mereka dalam MASKARA SHORTIES pada november 2008. Kami menerima banyak permohonan untuk menayangkan filem pendek dalam MASKARA yang sebelum-sebelum ini. sehubungan itu Sindiket Sol-jah bercadang mahu membuka peluang kepada pembikin filem pendek yang berminat untuk menayangkan hasil kerja mereka dalam MASKARA SHORTIES pada november 2008.

Image Hosted by ImageShack.us

Adapun malam MASKARA SHORTIES ini adalah malam tayangan sahaja. Tiada sebarang diskusi. Jadi jangan bimbang karya anda dihentam oleh entah-mana-pakcik. Sindiket Sol-Jah mengamalkan dasar semua karya adalah bagus.

Adapun berikut syarat penyertaan:

1. Terhad untuk produksi 10 minit kebawah untuk memberi peluang lebih banyak filem pendek ditayangkan kerna MASKARA tidak diadakan sampai subuh Isnin.

2. Pemilihan filem atas dasar selera Sindiket Sol-Jah. Maka kalau filem anda seni tahap Godard dan Truffaut merangkak bangkit dari kubur menyembah sang pengarah bukan jaminan dipilih.

3. Porno dibenarkan jika melibatkan pelakon porno seperti Maria Ozawa dan Jenna Haze sahaja.

4. Filem-filem lama boleh dihantar dan mungkin boleh dipertimbangkan untuk ditayangkan. Tapi jangan makan hati kalau audiens pakat borak semasa sendiri lantaran kerana filem anda itu sudah tidak "segar" lagi kerana sudah ditonton sebelum ini.

5. Lanjutan pasal 2, kami mengalu-alukan semua bentuk tema, tak kisahlah kalau filem kamu itu kamu rasakan tiada seni, tiada mesej, suka-suka, pakai belasah guna kamera telefon atau apa sahaja kerana selain karya orang-tak-faham-maka-ia-seni, Sindiket Sol-Jah mengamalkan dasar produksi-tahap-hancur-tapi-ia-seni selain saya-suka-buat-filem-tanpa-sebarang-rasa-mahu-memberi-mesej.

Ini ditujukan kepada beberapa orang yang segan nak hantar kerana kata mereka, "filem aku tak best".

Kepada yang berkenaan, aku hantarkan panda untuk mencarut depan kamu.

6. Karya hendaklah disiapkan dalam bentuk DVD atau format VCD (kalau kamu serupa Naga yang tidak mempunyai DVD burner). Kalau keluar gambar blur 'ja kat screen - itu kami anggap sebagai 'seni'. Sertakan sedikit profil filem kamu berserta nama pengarah, sinopsis dan poster (kalau ada). Kamu sudah tentu mahu mengecap nikmat kemewahan dan pelukan gadis manja seperti yang dialami oleh pengarah Dean Sham bukan?

7. Hubungi saudara vovin di emel: nazri123456789 at gmail atau YM: vovin_realm untuk urusan penyertaan. Kalau kamu tinggal sekitar Lembah Kelang, kita boleh jumpa di kedai mamak sambil minum teh dan rokok sebatang dua bercerita tentang isu-isu alam sekitar. Kalau kamu tinggal di Armenia, sila uruskan penghantaran filem kamu dengan kos ditanggung oleh sesiapa selain kami.


Harap Mak Long.

DISEDIAKAN OLEH:
Nazri M. Annuar (vovin)