November 1, 2008
MASKARA SHORTIES - POSTER RASMI & FAQ
Ini adalah papan notis. Untuk entri terbaru sila lihat di bawah.
UPDATE (30 Oktober 2008 - TAMBAHAN FAQ)
1. Mana Rumah Pena tu weih?
Sini ada map: http://sol-jah.blogspot.com/search/label/Peta. Rumah Pena di sebelah Rumah GAPENA. Bertentangan jalan dengan bangunan MAA.
2. Macam mana nak sampai ke Rumah Pena, oi?
Kalau anda masih percayakan sistem perkhidmatan awam negara tercinta ini, anda boleh gunakan Ampang Line (sebelum ini dikenali sebagai Star line) atau Monorail, turun di Stesyen Hang Tuah. Dari stesyen ini, boleh berjalan kaki ke arah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Insya' Allah dalam 20-30 minit akan sampai. Sila pakai minyak wangi secukupnya. Kalau mahu gunakan teksi, boleh berhenti di hadapan Bangunan MAA (Jalan Dewan Bahasa atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Lapangan Terbang Lama), dan menyeberangi jalan dari situ.
3. Saya tak ada duit nak bayar tiket
Masuk PERCUMA. Diulangi, PERCUMA. Ulangan kali kedua, PERCUMA!
4. Di mana nak beli tiket?
Masuk PERCUMA.
5. Tiket berapa harga?
Rujuk perkara 3.
6. Saya nak pakai baju kebaya boleh?
Kalau kamu perempuan, dipersilakan, tapi ini bukan Dewan Filharmonik Petronas. Kalau lelaki, sila fikirkan perasaan (dan kasihanilah selera) orang sekeliling.
7. Saya nak pakai t-shirt saja boleh?
Boleh, pastikan anda pakai seluar sekali.
8. Saya tak nak pakai apa-apa boleh?
Paling koman pun, pakailah minyak wangi.
9. Apa itu MASKARA?
Datang dan anda akan tahu.
10. Saya seganlah nak datang
Tok Rimau akan sentiasa available untuk menguruskan keseganan anda. Mat Jan pun mula-mula pemalu, sekarang dia yang paling galak atas pentas.
11. Tiket masih ada lagi tak?
........
12. Bolehkah saya buat rebiu acara yang tidak mengadakan sesi diskusi?
Pasti boleh. Rebiu, kritik, ulasan, laporan bergambar di blog, facebook, myspace, forum, majalah dan suratkhabar adalah digalakkan pasca-maskara. Jangan lupa beritahu kami, boleh kami linkkan laporan itu.
13. Ada makan-makan tak?
Setakat nak alas perut, insya' Allah ada. Tapi kalau nak kenyang terbelahak, minta maaf banyak-banyak, anda tersalah majlis.
14. Ruang parking cukup tak?
Kalau kamu memandu bas atau kepala lori kontena, mungkin tak cukup. Anda digalakan datang bertumpang-tumpangan, duit minyak tong-tong la. Kalau kamu masih mahu memandu sendirian, sila patuhi arahan pegawai parking yang bertugas. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out).
15. Kat mana Rumah Pena ni?
........
16. Habis majlis pukul berapa?
Kami anggarkan akan tamat sekitar jam 12 tengah malam. Kalau mahu pulang awal, pastikan kenderaan anda tidak dihadang oleh kenderaan lain. Kalau anda mahu pulang lewat, pastikan kenderaan anda tidak menghadang kenderaan lain. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out).
17. Apa buah tangan tak?
Ada barangan yang diberi percuma, dan ada juga yang dijual. Ringankan mulut untuk bertanya. Jangan mengambil barangan jualan tapi tidak mahu membayar; buruk padahnya!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
tok,
apa perlu aku buat kalau nak baca blog tok?
rumah pena katne eyh???
KOSMO Ahad 26/10/08
PAGE-44
PAGE-45
ye la, rumah pena tu kat mane?
RUMAH PENA tu katner ek? ek? ek?.. penattt laaa!
>> click HERE for online map!
>> click HERE for double-line map but kdg2 takder line! murekekek!
ada makan2 tak?
rumah pena yang nama PENA dekat map tu la kan.
M
Tambahan FAQ:
Q: Bolehkah saya buat rebiu acara yang tidak mengadakan sesi diskusi?
A: Pasti boleh. Rebiu, kritik, ulasan, laporan bergambar di blog, facebook, myspace, forum, majalah dan suratkhabar adalah digalakkan pasca-maskara. Jangan lupa beritahu kami, boleh kami linkkan laporan itu.
cute nya.
Ikut hati mahu je aku datang ke sinie. tetapi malam ini ada majlis yang perlu aku hadiri.
kul 11-12 malam masih ada x public transport kat area situ
keke..yang last tu cun bunyinya..kot kot tetiba gatai tangan..kekeke
fuh!!
yeah2 sokong2 la
mari beramai2 kite sokong!
I'll made link thru my page.
catch up ya!
www.theguane.blogspot.com
MERIAH GILERRRRR.....TAHNIAH...MEMANG HAPPENING.TAK SEMPAT BELI ROMLAH.JAMAH MAKANAN PON TAK SEMPAT.
Post a Comment