Adapun malam MASKARA SHORTIES ini adalah malam tayangan sahaja. Tiada sebarang diskusi. Jadi jangan bimbang karya anda dihentam oleh entah-mana-pakcik. Sindiket Sol-Jah mengamalkan dasar semua karya adalah bagus.
Adapun berikut syarat penyertaan:
1. Terhad untuk produksi 10 minit kebawah untuk memberi peluang lebih banyak filem pendek ditayangkan kerna MASKARA tidak diadakan sampai subuh Isnin.
2. Pemilihan filem atas dasar selera Sindiket Sol-Jah. Maka kalau filem anda seni tahap Godard dan Truffaut merangkak bangkit dari kubur menyembah sang pengarah bukan jaminan dipilih.
3. Porno dibenarkan jika melibatkan pelakon porno seperti Maria Ozawa dan Jenna Haze sahaja.
4. Filem-filem lama boleh dihantar dan mungkin boleh dipertimbangkan untuk ditayangkan. Tapi jangan makan hati kalau audiens pakat borak semasa sendiri lantaran kerana filem anda itu sudah tidak "segar" lagi kerana sudah ditonton sebelum ini.
5. Lanjutan pasal 2, kami mengalu-alukan semua bentuk tema, tak kisahlah kalau filem kamu itu kamu rasakan tiada seni, tiada mesej, suka-suka, pakai belasah guna kamera telefon atau apa sahaja kerana selain karya orang-tak-faham-maka-ia-seni, Sindiket Sol-Jah mengamalkan dasar produksi-tahap-hancur-tapi-ia-seni selain saya-suka-buat-filem-tanpa-sebarang-rasa-mahu-memberi-mesej.
Ini ditujukan kepada beberapa orang yang segan nak hantar kerana kata mereka, "filem aku tak best".
Kepada yang berkenaan, aku hantarkan panda untuk mencarut depan kamu.
6. Karya hendaklah disiapkan dalam bentuk DVD atau format VCD (kalau kamu serupa Naga yang tidak mempunyai DVD burner). Kalau keluar gambar blur 'ja kat screen - itu kami anggap sebagai 'seni'. Sertakan sedikit profil filem kamu berserta nama pengarah, sinopsis dan poster (kalau ada). Kamu sudah tentu mahu mengecap nikmat kemewahan dan pelukan gadis manja seperti yang dialami oleh pengarah Dean Sham bukan?
7. Hubungi saudara vovin di emel: nazri123456789 at gmail atau YM: vovin_realm untuk urusan penyertaan. Kalau kamu tinggal sekitar Lembah Kelang, kita boleh jumpa di kedai mamak sambil minum teh dan rokok sebatang dua bercerita tentang isu-isu alam sekitar. Kalau kamu tinggal di Armenia, sila uruskan penghantaran filem kamu dengan kos ditanggung oleh sesiapa selain kami.
Harap Mak Long.
DISEDIAKAN OLEH:
Nazri M. Annuar (vovin)
No comments:
Post a Comment