August 21, 2008

GOSIP CIK ROMLAH

KUALA KUBU BARU: Psttt, dengar cerita Sinaganaga nak bikin filem. Betul ka? Tapi Cik Romlah kita bukan nak cerita pasal Naga bikin filem. Cik Romlah dengar, ada orang nak sabotaj penggambaran filem bikinan Naga ni. Ni apa cerita?

Menurut sumber yang ingin dirahsiakan, yakni saudara Mohammad Puad Bin. Muhammad Pa'e, ada pihak yang sengaja mengelirukan Naga. Keliru camna tu, tanya Cik Romlah kita. Katanya Naga sudah order tripod kamera, mahu kasi gambar lebih stabil, tak nanti jadi macam filem, alaaa, cerita raksasa yang goyang-goyang tu. Apakejadahntah namanya. Ada dekat-dekat dengan nama Kapalapi. Alaa, cerita raksasa tu la.

Oh, okey, tripod.

Tapi tup tup yang datang sleeping bag camping. Ni apa kes? Sleeping bag camping dengan tripod pun tak reti nak beza ke? Alasan yang paling best,yang Cik Romlah kita dengar ialah, "alaaa, gua ingat beg ni beg tripod, rupanya beg sleeping bag camping, hangpa, hangpa".

Tunggu perkembangan selanjutnya samada saudara Naga kita dapat tak tripod.

--------------------------

SENARAI PEMBIKIN FILEM YANG MAHU MENYERTAI:

- Fazleena Hashim
- Padil (gua tak tahu nama penuh lu)
- Bin Filem
- Faizal Mukhtar
- Basri
- Arba'e
- Ahmad Azrai
- Sayap Putih Dari Angkasa

NOTA: PENYERTAAN DITUTUP MENJALANG HARI RAYA AIDILFITRI. MAKA SENARAI PESERTA YANG BERJAYA AKAN DIUMUMKAN PADA HARI ITU. YA, TATKALA SEMUA SIBUK MEMBAKAR LEMANG, GUA AKAN SIBUK BERINTERNET SAMBIL HATI MAK GUA TERBAKAR KERANA TAK TOLONG DIA MEMBAKAR LEMANG. TERIMA KASIH

VOVIN

No comments: