August 11, 2008

NOTA-NOTA CINTA

Hear ye! hear ye!

Diminta kepada mereka yang berminat untuk menyertai MASKARA SHORTIES agar menghantar sedikit barang promosi untuk diletakkan dalam blog serba kekurangan ini. Ada pun barang promosi itu bertindak sebagai running-hype untuk acara yang bakal berlangsung.

Tapi jangan beri barang eksklusif yang sudah dimeterai dengan laman web lain. Nanti kena masuk mahkamah pula nanti. Kes wanita Mongol tu pun belum selesai, mahkamah banyak kerja jadi jangan kita tambah kerja mereka.

Ada pun ini merujuk kepada material yang telah dihantar oleh Pengarah Karlos Bandana di mana video promonya sebenarnya telah menjadi hak eksklusif laman web lelaki-lelaki gersang tak kira tua atau muda.

Terima kasih

Yang Benar

Nazri M. Annuar

------------------

Berikut senarai pengarah semi-berwibawa yang sudah menghubungi saya untuk menyertai MASKARA;

1. Karlos Bandana
2. Kumprinx
3. Bennylita Ramlee
4. Syafizan Kassim
5. Sinaganaga
6. Alif Firdaus Azis
7. Hisham Salmin
8. Izwan Arif
9. Sharpi The Cat
10. Chan Lai Woon
11. Godard

Ya, benar gadis-gadis jelita sekalian, saudara Tok Rimau dan Dean Sham masih belum menghubungi saya untuk membooking penyertaan. Bila agaknya?

La la la la la!

2 comments:

republictheatre said...

filem saya juga! jangan lupakan saya..new short.. :)

Enche said...

saya nak mai tgk