July 28, 2010

FIGHTING FIT - Sulaiman Salamon


SINOPSIS
“Fighting Fit” adalah sebuah kisah tentang seorang pemuda yang ingin mencederakan
dirinya untuk mengelakkan dari dihantar ke unit infantri semasa menjalani perkhidmatan negara. Dia mendapatkan kawan baiknya untuk menolongnya melakukan tindakan yang drastik tetapi mereka akhirnya bertekak sesama sendiri. “Fighting Fit” menyentuh aspek psikologi tentang sejauh mana seseorang itu sanggup mencederakan dirinya sendiri untuk mencapai apa yang mereka mahukan.

“Fighting Fit” telah mendapat dicalonkan untuk kategori “Best Fiction” di Singapore Short Film Awards 2010.


PENGARAH
Sulaiman Salamon adalah seorang pemegang diploma didalam jurusan Film, Sound and Video dari Ngee Ann Politeknik, Singapura. Setelah menjalani perkhidmatan negara selama dua setengah tahun, beliau mula berkerja sebagai seorang penyunting video di berberapa syarikat pos produksi. Beliau sekarang sedang menlanjutkan pelajarannya di Chapman University Singapura, didalam jurusan Bachelor of Fine Arts in Creative Producing.

1 comment: