July 31, 2010

WANT MALAYSIA dan SEDUTAN HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH

Pengarah filem Mamat Khalid telah menyokong Maskara Shorties 1 dan 2. Seterusnya, dalam Maskara Shorties 3, beliau bakal menyumbangkan dua entri iaitu sebuah filem pendek WANT MALAYSIA dan sedutan filem HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH. Sedikit nota tentang Hantu Mak Limah dari tuan pengarah.

PENGARAH
Mamat Khalid adalah Pengarah filem, penulis lakon layar, penyunting filem dan pelakon.


FILMOGRAFI
2010 Estet: Pengarah, penerbit, lakon layar, pengarah seni
2009 My Spy: Pelakon pembantu
2008 Kala Malam Bulan Mengambang: Pengarah, cerita asal, lakon layar
2008 Dunia Baru The Movie: Artis jemputan
2007 Zombi Kampung Pisang: Pengarah, cerita asal, lakon layar
2006 Tipah Tertipu The Movie: Cerita asal, lakon layar
2006 Man Laksa: Pengarah, cerita asal, lakon layar
2005 Rock: Pengarah, cerita asal, lakon layar, muzik
2004 Puteri Gunung Ledang: Lakon layar
2003 Lang Buana: Pengarah, lakon layar, muzik

ANUGERAH
2008: Festival Filem Malaysia ke-21- Pengarah Filem Terbaik – Kala Malam Bulan Mengambang
2005: Festival Filem Malaysia ke-18- Lakon Layar Terbaik – Rock
2001: Anugerah Skrin -Pengarah Terbaik – Pinang Durian

BLOG MAMAT KHALID
Tempurung Pecah

MAMAT - Ajami

Sebuah mini dokumentari bertajuk Mamat oleh Ajami juga akan ditayangkan.


SINOPSIS
Mamat - Sebuah 'midotematur' (mini dokumentasi temuramah amatur) di antara seorang protege kepada mentornya! Ia pendek tapi panjang!

PENGARAH
Ajami Hashim - Seorang lelaki tempatan berbangsa banjar yang mula berjinak-jinak dengan teknologi Blackberry, blog, facebook dan twitter..serta tv katanya?

July 30, 2010

PEMANDU PELENCONG - Tok Rimau dan Jimbo Tiram (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


SINOPSIS
Pemandu Pelencong adalah sebuah kisah penipuan peringkat antarabangsa yang dilakukan oleh seorang kutu yang lemah dalam sejarah, ilmu alam dan pengetahuan am.

Filem ini dibuat dalam masa 24 jam. Ikuti cerita di belakang tabir pembikinan filem Pemandu Pelencong di SINI.

Trailer Penipu


PENGARAH
Tok Rimau adalah seorang penulis buku cerita di bawah label penerbitan indie Sindiket Sol-Jah. Manakala, Jimbo Tiram pula adalah front man kumpulan punk metal tepu Hellexist.

Bikin filem bukan periuk nasi mereka. Bikin filem adalah mangkuk mi segera mereka. Tok Rimau, Jimbo. Bergabung. Meletup! Jahanam! Ha! Ha! Ha!

July 29, 2010

LIMITED EDITION MASKARA SHORTIES TEE Teaser

We only sell 40 pieces on this tee. Price to be decided later. Only available at Rumah PENA on Aug 7.

MASKARA SHORTIES
7.30 pm. 7 Ogos 2010
Rumah Pena
Jalan Dewan Bahasa
Kuala Lumpur
(sila klik PETA PLANET PENA! Atau search sahaja di maps.google.com)


Panduan Untuk Pengarah dan Media
1. Daftar nama anda dengan urusetia agar kami dapat mengenal anda. (supaya tak timbul lagi cakap-cakap bahawa kami tak layan anda macam tahun lepas, ha ha).

2. Kami telah mengambil segala langkah pencegahan dan pengujian untuk memastikan tiada masalah teknikal berkenaan keserasian alatan kami dan DVD yang kami terima. Jika masih juga berlaku masalah, kami mohon maaf terlebih awal.

Panduan Untuk Penonton
1. Jika ada orang cuba menjual tiket Maskara Shorties - sila jangan ambil peduli. Maskara Shorties adalah PERCUMA.

2. Kami mula marathon filem pendek 7.30 malam! Datang awal kerana ramai orang sesat jalan mencari Rumah PENA. Yang pernah pergi pun tersesat juga. Rujuk peta di blog kami agar anda tahu arah tujuan ke Rumah PENA/Maskara Shorties. Rujuk peta: http://bit.ly/baScKD

3. Parking kereta mengikut arahan penjaga parking bertauliah kami. Parking Utama: Laman Rumah Pena, Sepanjang Jalan Susur ke Rumah Pena, dan laman Gapena. Jika ruang penuh, anda terpaksa parking di tapak letak kereta kubur Cina di sebelah bangunan MAA. Hati-hati melintas lebuhraya tu.

4. Rumah Pena akan dibuka seawal jam 4 petang. Kalau datang awal, boleh bantu kami buat persiapan. Ruang solat disediakan di tingkat atas Rumah PENA. Tandas disediakan di tingkat atas rumah PENA dan di belakang rumah PENA.

5. Bawa duit kerana anda mungkin berminat untuk beli t-shirt terhad dan buku-buku Sol-jah yang terbaru, CERKAS dan SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH. (Sesuai untuk cenderahati keapada orang tersayang). Jajan juga ada dijual. Jika tiada duit, sila pinjam dengan jiran. Tiada paksaan.

6. Siapa datang awal boleh cop tempat duduk strategik di ruang Outdoor Cinema kami. Penonton digalakkan membawa alas tempat duduk seperti tikar memandangkan bilangan kerusi kami terhad.

7. Doa-doa la hari itu tidak hujan. Pun begitu baik sedia payung sebelum hujan. Kami sedang berusaha untuk kawtim dengan bomoh tahan hujan, serius.

8. Baca, sinopsis filem dan latar belakang pengarah di blog kami agar anda ada kelebihan pengetahuan berbanding orang di sebelah anda.

9. Tiada pemenang untuk filem-filem di Maskara Shorties kerana ia bukan satu pertandingan. Namun begitu, penonton digalakkan membuat senarai 10 filem terbaik di Maskara Shorties [tahun ke-3] di blog atau facebook masing-masing.

10. Jika anda membuat ulasan tentang Masakara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan entri anda. #Tag entri dan tweet anda sebagai #maskara. Labelkan sebagai Maskara atau Maskara Shorties.

11. Jika anda mengambil gambar di Maskara Shorties, tinggalkan link ada di blog kami agar boleh kami promosikan foto-foto anda.

12. Tong sampah disediakan. Jaga kebersihan Rumah Pena. Jika kita tidak jaga kebersihan, kami juga yang terpaksa menyapunya kelak.

13. Tiada larangan membawa makanan luar. Sila bawa bekalan makanan. Jika dikongsi bersama Sol-jah lagi la afdal.

14. Bantu kami timbulkan kesedaran, post poster Maskara Shorties (Ambil di blog kami) di blog, facebook, twitter dan lain-lain media.

BLOG KAMI
http://maskara-shorties.blogspot.com/
http://sol-jah.blogspot.com/

Kami juga akan melancarkan Buku C3RK45 pada malam itu.

July 28, 2010

FIGHTING FIT - Sulaiman Salamon


SINOPSIS
“Fighting Fit” adalah sebuah kisah tentang seorang pemuda yang ingin mencederakan
dirinya untuk mengelakkan dari dihantar ke unit infantri semasa menjalani perkhidmatan negara. Dia mendapatkan kawan baiknya untuk menolongnya melakukan tindakan yang drastik tetapi mereka akhirnya bertekak sesama sendiri. “Fighting Fit” menyentuh aspek psikologi tentang sejauh mana seseorang itu sanggup mencederakan dirinya sendiri untuk mencapai apa yang mereka mahukan.

“Fighting Fit” telah mendapat dicalonkan untuk kategori “Best Fiction” di Singapore Short Film Awards 2010.


PENGARAH
Sulaiman Salamon adalah seorang pemegang diploma didalam jurusan Film, Sound and Video dari Ngee Ann Politeknik, Singapura. Setelah menjalani perkhidmatan negara selama dua setengah tahun, beliau mula berkerja sebagai seorang penyunting video di berberapa syarikat pos produksi. Beliau sekarang sedang menlanjutkan pelajarannya di Chapman University Singapura, didalam jurusan Bachelor of Fine Arts in Creative Producing.

July 27, 2010

HENNIE - Ethan Page (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


HENNIE (SINGAPORE)
Ethan Page | Dialogue-less | 4 mins | PG



The Story
‘Hennie’ is the story of Ben, an American Naval Commander and his waitress girlfriend Samantha who plays a game of cat and mouse on him - all with the intention of teaching him a lesson about ‘treating a lady right’.

Trailer
http://vimeo.com/13074266

Film Festivals 
Official Selection - Singapore Panorama Shorts, Singapore International Film Festival 2010
Official Selection, Maskara Shorties 2010, Kuala Lumpur

The Director
Ethan Page worked as a Production Manager & writer in New York for eight (8) years. He holds a Bachelor in Arts (Philosophy) from Oberlin College, USA & a Masters in Arts from London Film School. Originally from the USA, Ethan is currently working towards completing his Masters in Film Directing at NYU Tisch School of the Arts Asia, Singapore.

July 26, 2010

3 HANTU SILAP MATA - Alif Firdaus Azis (Coming Soon To Maskara Shorties Aug 7)


Sinopsis
3 ahli silap mata yang hebat berebut seorang perempuan dengan menggunakan teknik silap mata. Malangnya, semua silap mata mereka tidak cukup 'umph!' dan tidak boleh pakai.

Teaser



Maklumat pengarah:
Alif Firdaus Azis, pelukis komik dan penulis novel yang mempunyai hobi membuat video pendek. Pernah menang banyak pertandingan video di serata dunia, tetapi masih belum pernah dapat nombor satu. Boleh tonton video-video beliau yang lain di http://www.youtube.com/alifstyle dan baca komik beliau di http://cartoonrama.blogspot.com/

July 25, 2010

BADUT- Rizal Gunx (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


Sinopsis
Badut mengisahkan bagaimana sebenarnya Israel, sebuah negara haram sedang mentertawakan kita umat dunia. Kendatipun kita diterajang, disepak dan diketawakan, namun kita seumpama tuli untuk mempedulikan nasib rakyat Palestin yang berabad menderita.

Pengarah

Rizal Gunx merupakan seorang pemakan gaji dan juga moderator bagi laman sesawang sifar untung Palestinkini.info. Laman berbahasa Melayu yang memuatkan berita terkini dan sensasi dari Palestin ini beroperasi sejak 2004 hingga sekarang. Bagi mevariasikan lagi sebaran isu Palestin ini, beliau dengan kerjasama rakan rakan memulakan inisiatif membuat filem pendek.

July 24, 2010

ENAM LORONG - Syed Syahrul Zarizi (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


Sinopsis
Filem enam Lorong berkisar tentang seorang pemuda yang tinggal di sebuah bandar yang kian membangun tetapi masih dihantui masalah lama yang sejak dahulu menghantui para penduduk - lebuhraya 6 lorong.

Pengarah
Syed Syahrul Zarizi mula berjinak dalam bidang seni sebagai penulis naskah tidak serius dan ringan-ringan sebelum berjinak dengan blog dan seterusnya kini jatuh cinta dengan filem. Enam Lorong adalah filem sulung beliau yang dihantar ke festival. Tidak mempunyai latihan formal, beliau kini menetap di Bandar Seri Alam dan akan menjadi ayah buat kali ke 3 tidak lama lagi.

July 22, 2010

SROQ - Indra Syaabani (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)



Sinopsis
SROQ adalah sebuah komedi yang mengisahkan seorang pemburu terserempak dengan dua ekor gergasi.

Pengarah:
Indra Syaabani beroperasi di Melaka, Malaysia. Pengarah muda tanpa latihan formal dalam bidang filem ini biasa terlibat sebagai krew drama-drama TV berbentuk ketenteraan. Pun begitu, kekuatan utama Indra adalah komedi ala utara. Beliau menggondol hadiah filem pendek komedi terbaik pada 2008 (Pertandingan Karyawan Muda anjuran Filem Negara Malaysia.

SUNRISE- Platon Theodoris (Coming soon to Maskara Shorties Aug 7)

Before Sunrise - The making of Sunrise


SUNRISE -
Stories from the Sunrise Children’s Village have been adapted to tell the tale of nine year old Chin, forced to quit school to look after his two younger sisters, while their mother works far away on a cucumber farm. 

Sunrise was made with the kids from the Sunrise Children's Village in Cambodia is currently on the film festival circuit: 30th Busan Short Film Festival, 27th St Kilda Film Festival, Athens (Ohio) Film Festival, 4th Dungog Film Festival, 23rd Singapore International Film Festival, 9th Bondi Short Film Festival. 

About The Director
Platon, based in Sidney, Australia, is an independent film director who loves discovering the strange and unexpected in the everyday. This might explain his uncanny strength to engage an audience by capturing genuine and memorable performances. Visit his website- HERE.

July 20, 2010

À LA FOLIE / like crazy- Sanif Olek (Coming Soon to Maskara Shorties Aug 7)


À LA FOLIE
Synopsis: Set on Serangoon Road in Singapore's "Little India" quarter, the mythical characters of Sinta, Arjuna and Rawana from the classic Ramayana text are reincarnated in this present-day postmodern rock-and-roll remix. Awarded “Best Short Film” (4th Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2009).

The Director
Sanif Olek has been accredited for developing, producing and directing successful television content of various genres since 1996. He collaborates with some of Singapore 19s leading production agencies. His work is seen by international broadcast audiences and markets, covering diverse cultures in Asia.

Recognitions
* LOST SOLE (short film) * Best Film On Religion - Int'l Festival of Short Films on Culture (Jaipur) 2008 * Best Narrative Film - Rahmat International Shortfilm Festival (Tabriz, Iran) 2008

* In Competition/Finalist - Hawaii International Film Festival Tehran International Short Film Festival Singapore Shorts Film Festival FAIF International Film Festival Village International D-Cinema Festival Malaysian Video Awards

* Official selection in 30+ film festivals

Visit Reeljuice Blog by Sanif Olek.

July 19, 2010

THE FOREST SPIRITS by Ting Szu Kiong (Coming soon to Maskara Shorties Aug 7)



THE FOREST SPIRITS 狐仙计 The first Singapore wuxia short film Story by Ting Szu Kiong. A powerful clan leader goes deep into the forest to hone his supernatural skills. To stop disturbance, he kills one of the forest spirits to warn them while they are having a celebration. Years later, the forest spirits lure a young man into the forest. This is their first step in their revenge against the tyrannical man who has taken away their territory.

The screening of The Forest Spirit at Maskara Shorties is the world premiere of the film.

About the director:
Ting Szu Kiong 陈祖君 is one of the most prolific self-trained filmmakers in Singapore. His first short film, My Keys 我的钥匙 (comedy/fantasy), was nominated for Best Short Film in Asian Festival of First Films. His second, Michelle 米雪 (experimental), was selected for screenings under Asian Film Symposium. The Triumph 胜利的微笑 (film noir), is his third while The Forest Spirits 狐仙计 (sword-fighting/fantasy), which would be Singapore's first wuxia short film, is his fourth.Ting Szu Kiong is a Malaysian from Sabah based in Singapore.

Read the interview with the director: SINdie, Production Talk

July 17, 2010

IKAN LANGKA by Basil Mironer (Coming soon to Maskara Shorties)

Rare Fish tells the story of a boy living in a small, obscure fishing village in Bintan Island, Indonesia who tests the measure of life when he strives to catch up to the adults.
To read more about the behind-the-scenes of this film, please visit:
http://weirdfishshortfilm.blogspot.com/

Awards:
Palm Springs International ShortFest
2009 Best Student Cinematography for Alexa Caravia

Pusan International Film Festival
2009 Sonje Award for the the Director: Basil Mironer


Quote:
"Film tersebut sangat bagus dan mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton," ujarnya yang dihubungi dari Tanjungpinang. ( Antara News )

July 16, 2010

DOCU- Less is more

July 8, 2010

AT-AT DAY AFTERNOON