Salah satunya cadangan diadakan diskusi tentang filem-filem pendek tersebut.
Maka sukanya hendak dijelaskan di sini ialah Sindiket Soljah langsung tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang diskusi. Antara sebabnya kerana cara tersebut sudah dijayakan oleh Fazleena dan pihak Republik Teater menerusi progran bulanan "Screen And Talk" di rumah PENA. Maka biarlah cara tersebut kekal diuruskan oleh saudari Fazleena.
Sementara MASKARA SHORTIES ini masih kekal dengan objektif asas MASKARA, yakni mengumpulkan penggiat seni tanpa sebarang prejudis. Dengan kata lain malam itu adalah malam meraikan dengan tayangan-tayangan filem pendek. Baik atau buruk, bosan atau mengujakan, terpulang pada mata masing-masing. Kalau ikut Pipiyapong, dia suka Rambo, maka tayanglah filem lelaki berketak mengangkat lori. Jika ada filem yang benar bagus untuk didiskusikan, maka malam MASKARA itu menjadi medan memperkenalkan diri untuk acara susulan dari pihak seperti Republik Teater pula.
Harap kita dapat berjumpa dan berkenalan November nanti.
Yang Benar
Vovin
(Macam write up siaran akhbar RTM la pulak rasanya)