November 4, 2008

MASKARA SHORTIES: NOTA DARI PENGARAH PROJEK

Aku sedang berlegar-legar di alam google dengan bekalan kata kunci "Maskara Shorties" untuk tahu komen, gambar dan sebarang isi hati acara yang telah aku anjurkan.

Terima kasih kepada yang menyertai, yang hadir dan yang menulis coretan (dan meletak gambar).

Ada coretan yang sedia faham objektif MASKARA sementara ada yang terpinga-pinga, aku kira kerana mereka belum pernah datang pada edisi-edisi sebelumnya.

Tujuan MASKARA hanya satu - mengumpulkan penggiat dan peminat seni dari pelbagai ideologi dalam satu tapak acara. Noktah. 

Itulah yang diulang-ulang sejak MASKARA edisi pertama.

Bila melihat variasi filem apa yang mereka suka dan filem apa yang mereka tidak suka dari segenap penjuru komen, aku boleh katakan objektif MASKARA sudah tercapai. 

Sudah tentu setiap individu ada citarasa dan pendapatnya sendiri. Maka atas dasar itulah aku memilih filem-filem yang memang kontradik antara satu sama lain. Sampah di mata A adalah awek cun di mata B. Kiamat namanya kalau semua orang sependapat. 

Menganjurkan MASKARA SHORTIES juga banyak mengajar aku tentang semangat setiap pembikin. Secara peribadi, ada antaranya yang aku tidak suka, tapi orang lain suka. Melihat airmuka semangat si pembikin filem yang filemnya bukan citarasa aku menambahkan rasa hormat kepada orang-orang seperti ini. 

Pokoknya pembikin-pembikin ini percaya karya mereka best. Aku tabik! 

Disebalik definisi filem yang berbeda dari setiap pembikin ini, selamat aku katakan semuanya bersemangat untuk buat yang terbaik. Mungkin halangan kos dan pengetahuan yang membezakan. Pentas MASKARA bukan pentas untuk menunjuk hebat, tapi lebih kepada pentas untuk menunjuk semangat.

Aku berharap filem-filem pendek yang ditayangkan semasa MASKARA SHORTIES tidak terhenti di situ. Harap ada antaranya dapat bergerak lebih jauh. Mungkin suatu hari nanti ada yang boleh bikin filem sehebat Yasmin Ahmad, atau Mamat Khalid, atau Ahmad Idham, atau Prof. Razak atau Yusuf Haslam. 

Untuk aku, aku mahu bikin filem untuk duit, perempuan dan kekuasaan. Soal perjuangan aku serahkan kepada anda semua yang lebih bersemangat. Maleh aku nak berjuang-juang ni. Karang tak pasal-pasal stress. Stress dengan awek pun tak habis-habis lagi ni. Mana nak kena ingat tarikh lahir la, lupa beli pepsi la, tak sms la, apa la...

Nazri M. Annuar
Pengarah Projek MASKARA SHORTIES


14 comments:

Cikgu Kool said...

Semoga berjaya...daddy cukup berminat dengan pemibikinan short story..but don't no where to go!

Firdaus Ariff said...

Review Grip Phone di sini

Tok Rimau said...

Lagi review Grip Phone. SINI

Tok Rimau said...

Aku setuju sangat dengan Naz. Kita tidak boleh puaskan semua orang dalam masa yang sama. Aku pasrah kepada ulasan dan kritikan. Sila beri tunjuk ajar.

Pun begitu, akan datang aku akan bikin filem cara aku juga. ha ha ah. Tak sabar tunggu Maskara Shorties 2009.

Unknown said...

dah..dah..xyah fenin fenin. Ko layan data mentah dan mengkordinasi awek la plak. Lupakan jap Shorties! heh!
Apapun tahniah la. Bukan senang mengumpulkan orang utk duduk dalam satu perkara pokok yg sama.

Yay! aku setuju dgn pendapat ko tentang kuasa dan perempuan. Pasal semangat lain..bg la kat org yg penuh semangat! heh!

spyz said...

perenggan last sekali sila tambah,
'.. tak bawak pi J-card day lah..'

harap maklum.
:-)

addyaholix said...

moga maskara terus sempoi.
walau aku tak berpeluang nonton.
taknak keluar bentuk vcd? haha

sinaganaga said...

Satu je aku nak cakap - KERUSI PANJANG KAYU DI RUMAH PENA TU SANGAT BERAT!!!!!

thedreamer said...

thanks darl..nanti lepak nz lagi sembang2.. :)

Sindiket Soljah said...

'darl'? ooo, ini msg untuk Tok Rimau. :)

fadz said...

syabas Naz... ko belum call2 aku lagi.. fasal abg Fuad..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ah lepas ni gua buat filem, lu berlakon..

Anonymous said...

tralalalalala....tarlalalalalala..


:)ben
http://bennylitanasuty.wordpress.com

hegira said...

warga sifoo.com ucapkan terima kasih sebab bagi ruang dan peluang. terima kasih.

merentas platform.